
Netizen Berang Lihat Video Lelaki Ditarik Keluar Gara-Gara Nak Bagi Kumpulan Zahid Hamidi Masuk Lif
Ramai menyifatkan tindakan kumpulan berkenaan sebagai keterlaluan dan biadap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, terhadap bekas timbalan perdana menteri itu.
Namun di sebalik keputusan tersebut, tular di media sosial satu video sewaktu Zahid dan kumpulannya sedang menaiki lif sebaik tiba untuk prosiding di mahkamah.
Dipercayai ditarik keluar oleh pengawal peribadi
Menerusi video yang dimuat naik wartawan Channel News Asia, Melissa Goh di Twitter dapat dilihat seorang pakcik yang sedang memasuki lif bersama-sama mereka diasak sebelum dicekak dan ditarik keluar dengan kasar oleh dua individu dari kumpulan Zahid dipercayai merupakan pengawal peribadi.
Malah dia yang sebelum itu mengambil inisiatif untuk bersalam dengan bekas timbalan perdana menteri itu kemudian dilihat tersentak sambil memegang lehernya dipercayai kerana terkejut diperlakukan sebegitu rupa.
69 year old Umno president Ahmad Zahid Hamidi has arrived at KL court complex flanked by his family members and supporters. He’ll know shortly whether he needs to enter his defence over 47 charges :- 12 CBT, 8 counts of bribery and 27 counts of money laundering. pic.twitter.com/RbiHnwYpJ1
— Melissa Goh (@MelGohCNA) January 24, 2022
Tindakan dua lelaki itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang netizen.
The fact he and his squad gets to go into the lift first than the guy who waits there first…already annoys me 😒 BUT do they really have to yang the guy by the collar?? That was a harsh pull. You can see that it hurt his neck by the way https://t.co/R9nfnwNI9L
— Syahirah Skylar🧣 (@EtherealSkylar) January 24, 2022
Sehubungan itu ramai meluahkan rasa kecewa dan simpati mereka terhadap uncle tersebut selain menyifatkan tindakan kumpulan berkenaan sebagai keterlaluan dan biadap.


Tak patuh SOP
Segelintir netizen turut mempersoalkan tindakan mereka yang tidak mematuhi SOP apabila dilihat tidak mengamalkan penjarakan fizikal selain bersesak di dalam lif.
Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi dari mana-mana pihak berhubung isu tular berkenaan.