fbpx

Wanita Di Uzbekistan Maut Selepas Terperangkap Dalam Lif 3 Hari [Video]

Mayat mangsa ditemui sehari selepas laporan dibuat di dalam lif yang dipercayai rosak kesan daripada bekalan elektrik yang terputus.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar surat di Uzbekistan ditemui maut akibat terperangkap dalam lif selama tiga hari di sebuah bangunan.

Wanita yang dikenali sebagai Olga Leontyeva dikatakan sedang menghantar surat di sebuah kediaman 9 tingkat yang terletak di Tashkent, Uzbekistan pada 24 Julai yang lalu.

Namun, hasil rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dia dikatakan tidak keluar setelah masuk ke dalam lif di bangunan itu.

Mangsa Minta Tolong, Tapi Tiada Siapa Dapat Kesan

Kehilangan ibu yang mempunyai seorang anak itu disedari oleh saudaranya pada 26 Julai. Ekoran daripada itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan mangsa.

Namun, mayat mangsa hanya ditemui di dalam lif sehari selepas laporan kehilangannya dibuat. Pada mulanya, insiden ini dikatakan berpunca daripada bekalan elektrik yang terputus.

Menurut sumber, mangsa dipercayai menjerit meminta tolong namun tiada siapa yang mendengar jeritan itu.

Malah, wanita itu dikatakan menggunakan penggera yang terdapat pada lif untuk meminta bantuan, namun alat komunikasi bantuan itu tidak berfungsi akibat tiada bekalan elektrik.

Lif Sering mengalami Masalah Teknikal

Berdasarkan laporan, lif berkenaan kerap mengalami masalah teknikal dan tidak diselenggara dengan baik. Malah, kerosakan lif merupakan isu yang biasa terjadi di bangunan tersebut.

Semakan awal mendapati, lif buatan China itu berfungsi namun perkhidmatannya tidak didaftarkan mengikut peraturan yang ditetapkan di negara itu.

Pun begitu, jurucakap syarikat jaringan elektrik wilayah Hriddin Nuraliyev menafikan bekalan elektrik terputus ketika hari kejadian.

Dakwanya, punca utama kejadian berkenaan adalah disebabkan kerosakan lif. Punca ini turut disahkan oleh penduduk.

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda 18 Tahun Maut Dihempap Lif Pengangkut Barang

Baca Artikel Berkaitan: Lif PPR Kerinchi Terhempas , 8 Cedera

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.