fbpx
Now Reading
Pemuda 18 Tahun Maut Dihempap Lif Pengangkut Barang

Pemuda 18 Tahun Maut Dihempap Lif Pengangkut Barang

Walau bagaimanapun, siasatan terperinci akan dilakukan pihak polis untuk mengetahui punca sebenar insiden tersebut berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malang tidak berbau! Itu yang terjadi apabila seorang remaja lelaki maut dihempap lif pengangkut barang di sebuah pasaraya di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu, pada petang semalam (11 April).

Memetik laporan Kosmo, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pasukan bomba telah menerima panggilan berkaitan insiden tersebut pada jam 5.21 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Foto: FB JBPM Sarawak

Mangsa disahkan mati oleh pihak perubatan

“Setibanya di tempat kejadian, kita mendapati mangsa lelaki yang merupakan pekerja di pasar raya terbabit tersepit di dalam lif barangan gudang.

“Susulan itu, bomba bertindak mengeluarkan lelaki yang berusia 18 tahun itu namun mangsa disahkan mati oleh pihak perubatan yang hadir di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya lagi, proses mengeluarkan mayat mangsa yang dikenali sebagai Andrew Munding Kuling yang berada di tepi lif pengangkut barang memakan masa selama satu jam sebelum mayat dialihkan ke tempat yang selamat.

Menurut Wan Kamarudin, mayat kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya sebelum ia dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk tujuan bedah siasat.

Foto: FB JBPM Sarawak

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.