“Dia Yang Travel, Kita Pula Kena Tanggung” – 2 Pelancong Rusia ‘Mengemis’ Di Sarawak Dikecam Ramai
Difahamkan, kejadian dua pengembara Rusia menangih simpati dengan mengemis wang daripada rakyat Malaysia itu berlaku di Bintulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia sememangnya mengalu-alukan kedatang para pelancong dari serata dunia untuk bercuti di negara ini.
Kehadiran pelancong daripada luar negara dapat membantu Malaysia agar lebih dikenali di serata dunia selain dapat memajukan lagi sektor pelancongan.
Namun ada sesetengah pelancong atau ‘traveler’ dari luar ini didakwa suka mengambil kesempatan dengan bercuti secara percuma di Malaysia.
Dua pelancong Rusia mengemis di Sarawak
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto yang memaparkan dua orang pengembara Rusia sedang ‘mengemis’ memohon bantuan kewangan di Sarawak bagi menampung perbelanjaan mereka semasa sedang melancong.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook akaun Munie Man, kelihatan salah seorang daripada pengembara itu sedang memegang kadbod manakala seorang lagi rakannya memegang topi sambil kedua-duanya berdiri di tengah jalan sebuah persimpangan lampu isyarat.
“Hi kami adalah orang Rusia yang mengembara di serata dunia tanpa wang. Tolong sokong pengembaraan kami. Terima Kasih,” tulisnya.
Kejadian dipercayai berlaku di Bintulu
Difahamkan, kejadian dua pengembara Rusia menagih simpati dengan mengemis wang daripada rakyat Malaysia itu berlaku di Bintulu.
Perkongsian tersebut turut tular di laman Twitter, di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan dua orang pelancong itu kerana ingin meminta bantuan demi kepentingan diri mereka.
Dia yang travel kita pulak yang kena tanggung. pic.twitter.com/yc19eQhbXy
— Addam Darshan. (@AdwinWidanta) July 16, 2023
Ambil kesempatan atas sikap pemurah rakyat Malaysia
Malah mereka juga menyifatkan dua orang pelancong lelaki itu mengambil kesempatan di atas sikap pemurah rakyat Malaysia yang rajin membantu serta bersedekah.
Tidak hanya itu, kebanyakan netizen turut berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas dua lelaki itu dan mana-mana pelancong yang membuat perkara sama.
Komen Facebook
Komen Twitter
Dia travel happy, kita cari duit mcm nakmampos
— Ivoire ✦ (@Ry_nh3) July 16, 2023
Kita ni punya lah simpan duit nak pergi travel eh engkau sedap jeee minta2. Takda duit dok rumah. Makan megi.
— Nasuhahrn_ (@cuhaaaaaaaaa) July 16, 2023
Pelancong mengemis di Malaysia bukan pertama kali berlaku
Untuk info, perkara sebegini bukan lah pertama kali berlaku di Malaysia, bahkan sebelum ini telah ramai pelancong luar negara yang melakukan hal yang sama.
Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah bijak dan tidak mudah bersimpati dengan memberi wang kerana ia juga mampu memberi kesan buruk terhadap negara ini.
Malah kita tidak wajar berbuat demikian kerana kita sendiri terpaksa berhempas-pulas menabung untuk menjejakkan kaki ke negara orang lain.
easy money. target dia rakyat Malaysia yg pemurah hati pic.twitter.com/dam9ae1ZwB
— Muhammad Syazwan 🇲🇾 (@weyySyazwan) July 16, 2023
BACA ARTIKEL BERKAITAN: