fbpx
Now Reading
“Dengar Macam Jawa” – Pemandu Bot Pelancong Di Sabah Bertutur Bahasa Korea Buat Ramai Kagum [Video]

“Dengar Macam Jawa” – Pemandu Bot Pelancong Di Sabah Bertutur Bahasa Korea Buat Ramai Kagum [Video]

Kebanyakan netizen berseloroh dengan mengatakan lelaki terbabit berbahasa Korea tapi mempunyai slang seperti Jawa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Industri pelancongan di Malaysia antara sektor yang banyak menyumbang kepada ekonomi di negara ini selain daripada sektor pertanian, penternakan dan lain-lain lagi.

Ini kerana, Malaysia terkenal di kalangan pelancong sebagai negara dengan kepelbagaian kaum, budaya serta kawasan alam semula jadi yang indah.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti mendaki, snorkeling, scuba diving, island hoping atau parasailing yang mampu menjadi daya tarikan buat pelancong luar negara.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang pemandu bot pelancong yang juga dipercayai pengajar parasailing di Sabah telah menjelaskan langkah-langkah keselamatan kepada pelancong sebelum melakukan aktiviti terbabit.

Pemandu bot pelancong jelaskan langkah-langkah keselamatan dalam bahasa Korea

Apa yang menariknya, lelaki terbabit mampu bercakap di dalam bahasa Korea semasa memberi arahan mengenai keselamatan kepada pelancong dari negara Asia Timur itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @pakej_bajet_kundasang, pada awalnya pemandu bot itu bertutur di dalam Bahasa Malaysia sebelum bercakap bahasa Korea.

Raih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial

Video berdurasi 1.29 saat ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dengan jumlah tontonan sebanyak enam juta dan 431,900 tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa kagum dan terhibur mendengar pemandu bot itu bercakap dalam bahasa Korea.

Cakap bahasa Korea tapi ada slang Jawa, gurau netizen

Kebanyakan netizen berseloroh dengan mengatakan lelaki terbabit berbahasa Korea tetapi mempunyai slang seperti Jawa.

Tidak hanya itu, usaha pemandu pelancong itu juga untuk berkomunikasi dengan pelancong Korea dalam bahasa mereka juga dipuji ramai meskipun tidak begitu lancar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.