Tular Daging Katak Dijual Di Bahagian Makanan Laut, Pasar Raya NSK Tampil Beri Penjelasan
Menurut wakil NSK, insiden yang berlaku pada 24 Oktober itu kemudiannya disedari oleh seorang pekerja Muslim yang menjelaskan ianya adalah daging yang tidak halal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto yang mendakwa pasar raya NSK di Selayang menjual daging katak.
Kongsi gambar daging katak dijual di NSK Selayang
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh FoodPornMalaysia, kelihatan daging katak itu dipamerkan di bahagian barangan basah bersama dengan ikan dan juga makanan laut yang lain.
Dalam ciapan itu turut meminta orang ramai agar berhati-hati apabila membeli barangan di pasar raya berkenaan.
Minta orang ramai hati-hati ketika membeli
“NSK Selayang jual daging katak secara terbuka bersebelahan ikan. Kejadian berlaku apabila makanan haram bercampur dengan yang halal secara longgok di NSK Selayang jadi berhati-hati apabila membeli di pasar raya ini.
“Hati-hati, jangan tersalah beli nanti ingatkan ayam atau burung puyuh rupa-rupanya katak,” ujarnya.
NSK SELAYANG JUAL DAGING KATAK SECARA TERBUKA BERSEBELAHAN IKAN. Kejadian berlaku apabila mknan haram bercampur dgn yg halal dijual secara longgok di NSK SELAYANG jd berhati2 apabila membeli di pasaraya ini.
— FoodPornMalaysia (@MalaysianFoods) October 24, 2023
Hati-hati, jangan tersalah beli nanti ingatkan ayam atau burung puyuh… pic.twitter.com/0JaKhyc0wa
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang kurang senang melihat daging katak itu dijual bersama bahan mentah lain.
Tidak kurang juga ada yang meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) untuk menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
“Boleh pula dia jual macam tu”
“KPDN sila siasat”
Pembekal tersilap hantar kepada NSK
Susulan daripada penularan itu, BuzzKini telah menghubungi syarikat Pasar Raya NSK untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu terbabit.
Menurut seorang wakil syarikat NSK, kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa (24 Oktober) selepas pembekal tersilap menghantar daging berkenaan kepada pihak NSK.
Katanya, NSK sama sekali tidak menjual daging katak berkenaan. Namun pekerja yang menguruskan bahagian itu yang juga warga asing tidak mengetahui barangan basah terbabit adalah daging katak.
“Pekerja warga asing dari syarikat kami tidak mengetahui barangan itu adalah daging katak dan ia kemudian dipamerkan di bahagian berkenaan,” ujarnya kepada BuzzKini.
Pihak NSK laporkan isu tersebut kepada pihak pembekal, pastikan ia takkan berulang
Namun perkara itu kemudian telah disedari oleh seorang pekerja muslim yang memaklumkan daging tersebut adalah tidak halal.
Jelasnya, perkara itu kemudian dilaporkan kepada penyelia serta bertindak untuk tidak mempamerkan daging terbabit dan melaporkan isu itu kepada pihak pembekal.
Kata wakil syarikat itu lagi, NSK akan memastikan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.