fbpx
Now Reading
Suspek Utama & 16 Individu Terlibat Rusuhan Depan Kelab Di Bintulu Sudah Ditahan Polis [Video]

Suspek Utama & 16 Individu Terlibat Rusuhan Depan Kelab Di Bintulu Sudah Ditahan Polis [Video]

Selain Toyota Hilux tersebut, sebuah Ford Ranger berwarna putih turut diihat melakukan aksi sama hingga mengkakibatkan kerosakan pada kenderaan lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu tular di media sosial beberapa video memperlihatkan satu kejadian rusuhan membabtikan seorang pemandu trak pikap jenis Toyota Hilux yang mabuk dan beberapa lelaki di hadapan sebuah kelab malam di Bintulu, Sarawak.

Insiden tersebut yang berlaku pada Ahad malam (9 Oktober) menyebabkan beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan berkenaan rosak teruk selepas dirempuh Hilux terbabit.

Selain Hilux tersebut, sebuah Ford Ranger berwarna putih turut diihat melakukan aksi sama dengan merempuh beberapa lagi kenderaan lain.

Menurut laporan, ianya berpunca daripada satu pergaduhan kecil di dalam kelab sebelum bertukar menjadi kekecohan dan rusuhan di luar premis berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM), kemudiannya memaklumkan sedang giat memburu suspek utama iaitu pemandu Hilux terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Batholomew Umpit, suspek dikenali sebagai Rimong Judan, 36, dengan alamat terakhirnya di Bandar Jaya, Jalan Tun Hussein Onn.

Suspek utama dan 16 suspek lain sudah berjaya ditahan

Terbaharu suspek berkenaan bersama 16 lagi lelaki yang terlibat sudah pun ditahan polis.

Batholomew Umpit yang dihubung media berkata, semua suspek ditahan menerusi dua serbuan di sekitar daerah sama tidak sampai 24 jam selepas kes tersebut berlaku.

“Tangkapan pertama melibatkan suspek utama berusia 37 tahun yang juga pemandu trak pikap yang kemudiannya membawa kepada tangkapan 16 individu lain.”

Namun siasatan mendapati kesemua mereka tidak berada di bawah pengaruh dadah.

Suspek direman selama 2 hari

Tambah beliau lagi, kesemua mereka merupakan warga empatan berusia 24 hingga 38 tahun.

Sehubungan itu, suspek-suispek kini direman selama dua hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan Dan Seksyen 427 kanun sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.