fbpx
Now Reading
[Video] Feri Rosak Punca Terminal Feri Di Langkawi Sesak

[Video] Feri Rosak Punca Terminal Feri Di Langkawi Sesak

Difahamkan, kesemua penumpang akhirnya berjaya menaiki feri berkenaan dan tiba di Kuala Perlis pada jam 11.25 malam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial beberapa foto dan video memperlihatkan keadaan di Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi yang sesak.

Dikongsikan seorang pengguna Facebook Shuhaimi Zulkefli, dia mendakwa kejadian tersebut berlaku selepas perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis tertunda selama 8 jam iaitu dari 2.30 petang hingga 10.30 malam.

Menerusi salah satu video tersebut, dapat dilihat berlaku perang mulut di hadapan pintu masuk feri di antara kru feri dan penumpang selepas mereka tidak dibenarkan menaiki feri meskipun telah menunggu lama.

Malah menerusi beberapa foto yang dikongsikan, dapat dilihat keadaan di balai berlepas turut sesak dengan penumpang terkandas.

Tambahnya, kejadian ini mungkin berlaku disebabkan fenomena air laut surut dan selut yang terlalu tebal di muara Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis menyebabkan perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Perlis terpaksa ditunda.

Terbaharu, Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan insiden dipercayai berlaku kerana kerosakan feri berkapasiti besar.

“Saya dimaklumkan ada feri berkapasiti besar mengalami kerosakan pada saat akhir menyebabkan perjalanan sebahagian penumpang tertunda,” kata Mohd Hafiz.

Semua penumpang selamat tiba di Kuala Perlis lewat malam tadi

Namun menurut beliau, kesemua penumpang akhirnya berjaya menaiki feri berkenaan dan tiba di Kuala Perlis pada tengah malam.

“Bagaimanapun, kesemua 423 penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis jam 11.25 malam tadi menerusi Expres Bahagia 99,” katanya dipetik dari BH.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.