fbpx
Now Reading
Bangkok Secara Rasmi Tukar Nama Kepada Krung Thep Maha Nakhon

Bangkok Secara Rasmi Tukar Nama Kepada Krung Thep Maha Nakhon

Namun difahamkan, status ini tidak akan mengubah nama Bangkok untuk terus digunakan di masa akan datang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bangkok sememangnya satu destinasi yang bukan asing bagi ramai rakyat Malaysia. Sering dibandingkan dengan Kuala Lumpur, ibu kota Thailand ini tidak kurang hebatnya dari segi semua aspek.

Malah bandar ini menjadikan Thailand sebagai negara nombor 1 di Asia yang menjadi pilihan pesara.

Terbaharu, Pejabat Penaung Diraja Thailand (ORST) mengumumkan nama Bangkok kini secara rasmi telah ditukar kepada Krung Thep Maha Nakhon.

Ianya selepas Kabinet Thailand meluluskan draf pengumuman oleh Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha mengenai kemas kini nama negara-negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara pada Selasa, 15 Februari seperti yang disyorkan ORST.

Bangkok Wat Arun | Foto : Pixabay

Namun menurut laporan Bangkok Post, status ini tidak akan mengubah nama Bangkok untuk terus digunakan di masa akan datang.

Ini kerana draf pengumuman yang dikeluarkan ORST sebelum ini menyatakan Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi bagi ibu negara Kerajaan Thailand dengan nama Bangkok terus kekal sebagai sandaran rujukan.

Namun difahamkan penggunaan nama ini tidak akan terus berkuat kuasa sebaliknya ia akan disemak terlebih dahulu oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab meneliti semua draf rang undang-undang.

Hanya digunakan untuk urusan rasmi

Selain itu, Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchda Dhanadirek dalam satu kenyataan turut menjelaskan pengenalan nama baru ini tidak akan memberikan banyak perubahan kepada mereka.

Ini kerana nama Krung Thep Maha Nakhon hanya akan digunakan sewaktu urusan rasmi bandar raya itu bersama nama Bangkok masih ditulis dalam kurungan sebagai rujukan.

Apakah maksudnya?

Hasil pencarian kami, nama Krung Thep Maha Nakhon sebenarnya bermaksud ‘The Great City of Angels’ atau dalam Bahasa Melayu : Kota Para Malaikat.

Bukan nama baharu

Menurut portal bananathaischool, nama ini sebenarnya bukanlah nama baharu.

Malah ia sentiasa digunakan penduduk asal bandar itu sejak dahulu lagi. Ini dilihat kontra dengan panggilan Bangkok yang lebih popular di kalangan pelancong termasuk di kalangan negara jiran seperti Malaysia.

Foto : Pixabay

Penduduk di sana bagaimanapun lebih selesa menyebut Krung Thep kerana sebutannya yang lebih singkat ringkas.

Bahkan nama ini juga sebenarnya bukanlah begitu asing di dunia. Tak percaya? Cuba gunakan Google Translate dan terjemah nama Krung Thep Maha Nakhon di dalam bahasa Thailand iaitu กรุงเทพมหานคร kepada Bahasa Inggeris. Hasilnya adalah sama iaitu Bangkok.

[Fun fact] Nama sebenar lebih panjang

Satu lagi fakta menarik tentang nama Krung Thep Maha Nakhon ini. Percaya atau tidad ia bukanlah nama penuhnya walaupun sebutan ini sudah cukup mengelirukan kita.

Ini kerana nama penuh Krung Thep Maha Nakhon mengikut buku sejarah Thailand ialah :

Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit

Ok rasa orang Thailand pun tergeliat nak sebut kan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.