Sejak dua hari lalu, nama ‘Kaklong 7E’ atau Wan Nor Baizura sekali lagi menjadi topik hangat netizen selepas dia menerima tawaran untuk menjadi tetamu jemputan bagi program Trending terbitan stesen penyiaran TV AlHijrah.
Isu tersebut menyebabkan TV AlHijrah dikritik hebat malah menyebabkan pendakwah, PU Amin yang menjadi pengacara turut terpalit apabila ada yang merasakan tindakan tersebut hanyalah untuk menumpang popular dalam menaikkan rating program mereka.
Menyedari isu yang timbul, TV AlHijrah kemudiannya mengumumkan telah menangguhkan penyiaran program Trending yang menampilkan Kak Long 7E.
Mereka dalam masa sama turut memperjelaskan motif utama menjemput wanita berkenaan adalah untuk membincangkan isu tanggungjawab pengguna media sosial selain memberi pengajaran kepadanya agar tidak berkongsi apa sahaja di media sosial.
Baca artikel berkaitan :
Netizen Persoal Stesen TV Ambil ‘Kak Long 7E’ Sebagai Tetamu Jemputan
Dikritik Hebat Kerana Ambil Kaklong 7E Jadi Tetamu Jemputan, Ini Respon TV AlHijrah
Menerusi laporan mStar, Kaklong 7E yang dihubungi memohon orang ramai agar menghentikan kecaman terhadapnya dan TV AlHijrah memandangkan kes dengan 7 Eleven sudah pun berakhir.
Saya terharu bila dijemput. Sebelum ini, saya dah rasa kecewa dengan kecaman berterusan, saya fikir rezeki saya akan tersekat. Tapi, Allah uji saya macam ni pun, rezeki tak putus. Sudah-sudah kecam saya, TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya mohon netizen hentikan kecaman terhadap TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya nak hidup bebas. Kes dengan 7Eleven pun dah berakhir.”
Mengakui sudah penat, Kaklong 7E turut berharap agar kehidupannya akan kembali normal selain tidak lagi terpalit dengan sebarang kecaman kerana bulan Ramadan yang semakin tiba.
“Saya tak nak baca kecaman bila dah dekat nak puasa. Saya nak jalani hidup normal. Saya kena berniaga dan teruskan hidup dengan suami serta anak-anak. Kesian anak-anak saya.”
Perkara sama turut diluahkan ibu wanita itu sendiri iaitu Kamsah Haizam, yang meminta orang agar berhenti mengecam anaknya.
Jelas si ibu, Kaklong 7E seorang yang akan menyelesaikan masalah dengan kadar segera berbanding memilih untuk memendam perkara berkenaan.
“Kalau ada masalah, dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan sakit kepala, sebab itu dia luah.
“Makcik buka Facebook, nampak macam-macam cerita Kak Long. Ada juga orang yang kami kenal pun ikut mengecam termasuklah jiran dan kawan-kawan. Jadi makcik slide laju-laju Facebook tu.
“Masing-masing ada keluarga. Begitu juga Kak Long. Kesian, banyak benda dia nak kena uruskan. Yang kecam tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah,” katanya.
Malah dia percaya dengan kredibiliti pihak stesen TV yang pastinya sudah menyelidik terlebih dahulu sebelum menjemput anaknya itu ke studio rakaman.
“Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti,” ujarnya.
Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…
Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…
Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…
Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…