fbpx
Now Reading
Didakwa Buat Video Persenda OKU, Satu Laporan Polis Dibuat Terhadap Kaklong 7E

Didakwa Buat Video Persenda OKU, Satu Laporan Polis Dibuat Terhadap Kaklong 7E

Beliau yang merupakan seorang OKU turut berharap isu ini dapat dijadikan pengajaran selain memberikan keadilan kepadanya dan juga OKU lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum pun reda dengan isu dijemput menjadi tetamu program sebuah stesen TV, Kaklong 7E hari ini sekali lagi menjadi perdebatan hangat netizen selepas tular satu video memaparkan wanita ini seolah-olah mempersendakan orang ukang upaya (OKU).

Menerusi video live tersebut, Kaklong 7E atau nama betulnya Wan Noor Baizura dilihat melakukan riak muka senget dan berjalan dalam keadaan tempang seperti seorang OKU sambil menjawab soalan netizen.

Tindakannya wanita ini kemudiannnya mengundang kecaman netizen yang menyifatkan dia sebagai biadap kerana mempersendakan OKU selain terlalu taksub mengejar populariti hingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri.

Baca artikel berkaitan : [Video] Kak Long 7E Buat Hal Lagi. Kali Ini Didakwa ‘Berlakon’ OKU Pula

Isu ini dalam masa sama turut dihangat dibincangkan grup Facebook OKU Sentral, yang diasakan oleh Senator Ras Adiba.

Lelaki buat laporan polis

Terkesan dengan tindakan wanita berkenaan, seorang pengguna Facebook, Khairull Hafiz yang juga seorang OKU kemudiannya tampil membuat satu laporan polis terhadap Kaklong 7E.

Beliau yang berkongsi perkara berkenaan di akaun Facebook miliknya turut berharar agar isu ini dapat dijadikan pengajaran selain memberikan keadilan kepadanya dan juga OKU lain.

“Alhamdulillah. Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai warga OKU. Bila OKU dihina, takkan kita nak duduk diam dan terima sahaja. Semoga ada sedikit keadilan dan semoga pelaku mengambil pengajaran.

Beliau kemudian turut memuat naik satu lagi hantaran berbeza memaklumkan baru sahaja mengadakan pertemuan dengan seorang pegawai penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayah di IPD Subang Jaya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dilihat menyokong dan bersetuju dengan tindakan Khairul Hafizz.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.