Guru Taska Dakwa Kartun Cocomelon Tidak Bagus Untuk Kanak-Kanak

Penggunaan gambar, video serta lagu sememangnya banyak memudahkan proses pembelajaran bagi kanak-kanak malah melalui lagu juga mereka lebih mudah menghafal serta mengenali apa yang mereka pelajari.

Bukan itu sahaja, dengan kehadiran teknologi juga ibu bapa kini sudah mula menggunakan YouTube sebagai salah satu medium untuk membenarkan anak mereka belajar daripada saluran tertentu antara yang popular adalah Cocomelon.

Foto: Freepik

Apa itu Cocomelon?

Cocomelon merupakan satu saluran di YouTube yang menampilkan lagu kanak-kanak popular seperti Wheels On The Bus, Row Row Your Boat dan lain-lain, kebanyakkan yang menonton kartun ini adalah dalam lingkungan enam bulan hingga enam tahun.

Namun begitu, seorang guru taska di Twitter atau dikenali sebagai @nureenafrinaaaa yang berkongsi pengalaman di taskanya dan berpendapat kartun Cocomelon itu tidak bagus untuk kanak-kanak.

Kanak-kanak akan lambat bercakap

Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak yang menonton kartun Cocomelon ini akan mempunyai masalah lambat bercakap atau Speech Delay.

“Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas sebenarnya sudah boleh mula bercakap walaupun sedikit.

“Namun, kanak-kanak yang menonton kartun Cocomelon mempunyai masalah lambat bercakap dan ada yang tidak boleh bercakap langsung walaupun menyebut perkataan ‘mama’.

“Ini kerana kartun Cocomelon membuatkan segelintir kanak-kanak menghabiskan masa di hadapan skrin terlalu lama serta tidak dapat memberi tindak balas kepada siapa mereka bercakap. Dalam erti kata lain, buat kanak-kanak lalai dan rangsangan yang diberikan terlalu kuat kepada kanak-kanak,” ciapnya di Twitter

Beri cadangan ibu bapa tukar kepada ‘Blippi’

Menurutnya juga dia turut memberi cadangan kepada ibu bapa di taskanya yang mempunyai anak masalah lambat bercakap untuk menukar rancangan anak mereka daripada Cocomelon kepada Blippi.

“Alhamdulillah bila cadang untuk tengok Blippi ada yang sudah boleh bercakap sikit-sikit,” katanya lagi.

@nureenafrinaaaa menyifatkan Blippi ini bijak kerana apabila bercakap ia turut memberi ekspresi terhadap sesuatu perkataan itu melalui reaksi wajahnya.

Kanak-kanak, ibu bapa dan guru dapat belajar sesuatu

Katanya Blippi ini bukan sahaja seronok malah kanak-kanak, ibu bapa serta guru dapat mempelajari ilmu serta perkataan yang baru.

Melihat di ruangan balas ada yang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh @nureenafrinaaaa, kerana ada di antaranya yang anak mereka mula bercakap apabila menonton Blippi serta mula mengenal warna, bentuk namun hendaklah melibatkan pantauan ibu bapa.

Anak buah saya obses dengan Cocomelon tapi dah pandai sebut ma, papa

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dan menyifatkan ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengawal dan tidak membiarkan anak menonton secara berlebihan.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

5 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

7 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

7 hours ago