
Guru Taska Dakwa Kartun Cocomelon Tidak Bagus Untuk Kanak-Kanak
Secara amnya, Cocomelon mahupun apa sahaja kandungan ia perlulah dipantau oleh ibu bapa dan guru agar ia tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penggunaan gambar, video serta lagu sememangnya banyak memudahkan proses pembelajaran bagi kanak-kanak malah melalui lagu juga mereka lebih mudah menghafal serta mengenali apa yang mereka pelajari.
Bukan itu sahaja, dengan kehadiran teknologi juga ibu bapa kini sudah mula menggunakan YouTube sebagai salah satu medium untuk membenarkan anak mereka belajar daripada saluran tertentu antara yang popular adalah Cocomelon.

Apa itu Cocomelon?
Cocomelon merupakan satu saluran di YouTube yang menampilkan lagu kanak-kanak popular seperti Wheels On The Bus, Row Row Your Boat dan lain-lain, kebanyakkan yang menonton kartun ini adalah dalam lingkungan enam bulan hingga enam tahun.
Namun begitu, seorang guru taska di Twitter atau dikenali sebagai @nureenafrinaaaa yang berkongsi pengalaman di taskanya dan berpendapat kartun Cocomelon itu tidak bagus untuk kanak-kanak.
as a nursery teacher, actually cocomelon takbagus for kids https://t.co/ch4n8xcNyZ
— 𝒩 (@nureenafrinaaaa) March 15, 2022
Kanak-kanak akan lambat bercakap
Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak yang menonton kartun Cocomelon ini akan mempunyai masalah lambat bercakap atau Speech Delay.
half of them akan ada speech delay , contoh , 2 years above actually dah boleh cakap even sikit , but kids who see cocomelon , dia punya speech delay like memang takboleh speech langsung. cakap 'mama' pun tak boleh.
— 𝒩 (@nureenafrinaaaa) March 15, 2022
“Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas sebenarnya sudah boleh mula bercakap walaupun sedikit.
“Namun, kanak-kanak yang menonton kartun Cocomelon mempunyai masalah lambat bercakap dan ada yang tidak boleh bercakap langsung walaupun menyebut perkataan ‘mama’.
“Ini kerana kartun Cocomelon membuatkan segelintir kanak-kanak menghabiskan masa di hadapan skrin terlalu lama serta tidak dapat memberi tindak balas kepada siapa mereka bercakap. Dalam erti kata lain, buat kanak-kanak lalai dan rangsangan yang diberikan terlalu kuat kepada kanak-kanak,” ciapnya di Twitter
some because cocomelon hit some kids to staying on the screen too longer , and tak dpt beri banyak response to siapa yang ckp to them. Dalam kata lain, boleh buat kids lalai and rangsangan yg disampaikan tu too strong kepada kids and addicted sgt sgt.
— 𝒩 (@nureenafrinaaaa) March 15, 2022
Beri cadangan ibu bapa tukar kepada ‘Blippi’
Menurutnya juga dia turut memberi cadangan kepada ibu bapa di taskanya yang mempunyai anak masalah lambat bercakap untuk menukar rancangan anak mereka daripada Cocomelon kepada Blippi.
“Alhamdulillah bila cadang untuk tengok Blippi ada yang sudah boleh bercakap sikit-sikit,” katanya lagi.
@nureenafrinaaaa menyifatkan Blippi ini bijak kerana apabila bercakap ia turut memberi ekspresi terhadap sesuatu perkataan itu melalui reaksi wajahnya.
Kanak-kanak, ibu bapa dan guru dapat belajar sesuatu
Katanya Blippi ini bukan sahaja seronok malah kanak-kanak, ibu bapa serta guru dapat mempelajari ilmu serta perkataan yang baru.
Melihat di ruangan balas ada yang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh @nureenafrinaaaa, kerana ada di antaranya yang anak mereka mula bercakap apabila menonton Blippi serta mula mengenal warna, bentuk namun hendaklah melibatkan pantauan ibu bapa.
Yeahh Blippi rules! I approve this. My 2 y/o son started talking when he watched Blippi. He now knows colours, shapes, feelings (sad, happy, angry) & etc because of Blippi. Expression like hello, goodbye, see you again, come on pun. And yes, parents NEED to involve too!
— rahazubes (@hsmzyo) March 15, 2022
Anak buah saya obses dengan Cocomelon tapi dah pandai sebut ma, papa
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dan menyifatkan ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengawal dan tidak membiarkan anak menonton secara berlebihan.
It’s not about cocomelon. It’s because mak bapak tak ajar anak ikut berbual. My niece OBSESSED dgn cocomelon but umo belom 2 thn lagi dah pandai sebut ma, papa, ucu, acik, atok(aok). Sbb my sister akan nyanyi and sroh die sambung nyanyi. Tgk cocomelon ngn diorg. Bukan biarkan.
— Addie Cat 🦑 (@aiden_crayden) March 15, 2022