
Pemuda Rugi Hampir RM16 Ribu Ditipu Iklan Kerja Sambilan Di Facebook
Menurut @aboiii98, sehingga kini wangnya masih belum dikembalikan malah pihak terbabit masih meminta wang daripadanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Harus diakui jenayah penipuan online semakin hari semakin berleluasa. Hampir setiap hari kita akan terbaca kisah mangsa-mangsa yang tertipu
Perkara seperti ini mungkin pernah berlaku dikalangan ahli keluarga atau rakan-rakan kita.
Terbaharu, seorang pemuda di laman Twitter iaitu @aboiii98 telah berkongsikan kisahnya yang telah ditipu oleh scammer hingga mengalami kerugian hampir RM16 ribu.
Guys 😢
— Aboi 🇲🇾 (@aboiii98) March 16, 2022
Aku kena scam almost 16k sampai habis duit simpanan aku keluarkan, pinjam cousin pinjam parents almost 8.5k. Aku harap korang semua boleh amik ikhtibar dari aku. Nanti aku free aku buat cerita semua dari A-Z. Skrg ni aku lemah x thu nk buat apa dah 😭 pic.twitter.com/lOBlXuiPDa
Hanya mahu tambah pendapatan sampingan
Pada awalnya niat di hati @aboiii98 hanya ingin menambah pendapatan sampingan, namun meleset apabila dia telah ditipu menerusi iklan kerja sambilan di Facebook.
Menurutnya, dia telah berhubung dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Sophia menerusi aplikasi Whatsapp dan telah bersetuju untuk menerima tugasan yang diberikan.
“Pada Isnin (14 Mac) dalam pukul lapan lebih aku sedang scroll Facebook, kemudian terjumpa satu tawaran kerja sambilan dan boleh mendapat komisyen dengan cepat.
“Menerusi Whatsapp pihak berkenaan ada menerangkan hal berkaitan skop kerja, lalu aku terima dan masuk ke dalam satu group (Whatsapp), kemudian terus berbual dengan admin untuk mendapatkan tugasan,” katanya.
So aku pon accept then join the group & aku pon chat admin ni utk dptkan task. pic.twitter.com/RNR5wAj9X0
— Aboi 🇲🇾 (@aboiii98) March 16, 2022
Percaya kerana terima 10% komisyen pada tugasan pertama dan kedua
Menurutnya lagi, setiap tugasan itu perlu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan, kemudian dia diberi tugasan untuk membeli beberapa produk di Shopee dan akan mendapat komisyen sebanyak 10% dari setiap pembelian yang dibuat.
Seterusnya, apa yang membuatkan dia percaya terhadap modus operandi ini apabila dia berjaya mendapatkan 10% komisyennya melalui tugasan pertama dan kedua.
Dia kemudian meneruskan pada tugasan ketiga dan membeli sebanyak lima produk yang bernilai RM15,593.00 dan terus membuat transaksi kepada nombor akaun yang telah diberikan.
So task 3 ni pulak salah i gak sbb x baca arahan betul2. So task 3 ni kena beli 3 item & perlu lakukan 3 transaksi berbeza ke no acc yang sama (no acc seperti di bwh ) dan task 3 ni ade 2 mission kena siapkan pic.twitter.com/I7uW3Huc5G
— Aboi 🇲🇾 (@aboiii98) March 16, 2022
Namun, setelah menyedari akan kesalahan dirinya kerana tidak membaca arahan dengan betul dia meminta untuk wang itu dipulangkan semula dan memaklumkan pihak berkenaan tidak perlu membayar wang komisyennya.
Sedar diri ditipu setelah buat pembayaran penalti
So bila aq da bayar rm3299 utk penalty tu die ckp system pulak down kena tunggu esok 11am (16/3/22) utk cont refund. So kat sini sya mmg bodoh bru nk start stop bukan apa sebab sya nk balik duit refund tu sbbtu lah sya bgi apa yg die nak semua tu 😢 tp harapan palsu.
— Aboi 🇲🇾 (@aboiii98) March 16, 2022
“Tapi dia cakap aku dah lebih masa jadi aku kena bayar lagi RM3299 sebagai penalti.
“Bila dah bayar dia cakap sistem tergendala dan kena tunggu hingga esok pukul 11 pagi (16 Mac) untuk wang dipulangkan semula,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, dia yang menyedari dirinya ditipu telah membuat satu laporan polis pada 16 Mac serta memberi keterangan kes di Balai Polis Maluri.
Terpaksa pinjam duit dari ibu bapa dan rakan
@aboiii98 turut memaklumkan kepada BuzzKini, dek kerana mahu dapatkan semula wangnya itu dia telah menghabiskan wang simpanan serta terpaksa meminjam RM 8 ribu daripada ibu bapanya dan RM500 daripada rakan.
Walau bagaimanapun, dia mengakui selepas kejadian itu emosinya turut terganggu, namun bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang menyokong dirinya serta berharap agar orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan menjadikan kisahnya ini sebagai satu iktibar.
Susulan itu, @aboiii98 turut memberikan contoh iklan kerja sambilan yang lalu di susurmasa Facebooknya sebagai panduan untuk orang ramai.
Contoh ads yg aq jumpa hari ni 🙌🏻 pic.twitter.com/DV0A41EW4f
— Aboi 🇲🇾 (@aboiii98) March 17, 2022