fbpx
Now Reading
“Disuruh pulangkan semula” – Lelaki Kongsi Kisah Pelancong ‘Diziarah’ Entiti Kerana Ambil Cengkerang Dari Pulau

“Disuruh pulangkan semula” – Lelaki Kongsi Kisah Pelancong ‘Diziarah’ Entiti Kerana Ambil Cengkerang Dari Pulau

Hidupan laut sememangnya cantik tapi janganlah ambil, takut ada yang suruh pulangkan nanti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Destinasi percutian ke pulau sering menjadi pilihan ramai. Bukan sahaja terdapat pelbagai aktiviti yang menarik, malah keadaan sekeliling di sana mampu memberikan anda ketenangan dek kerana keindahan dikelilingi air laut selain angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Namun, sama seperti berada di hutan belantara, kita sering kali dipesan oleh orang-orang tua agar tidak mengambil apa-apa barang yang ada pulau dan lautan seperti terumbu karang, cengkerang serta banyak lagi.

Ini kerana orang-orang zaman dahulu dahulu bimbang sekiranya barang yang diambil itu boleh mendatangkan bahaya serta khuatir jika barang itu merupakan milik makhluk lain.

Pelancong disuruh pulangkan cengkerang dan kulit siput yang diambil

Hal ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok iaitu @mermanpulau yang meceritakan kisah salah seorang pelanggannya yang memulangkan cengkerang gergasi dan kulit siput yang telah diambil dari sebuah pantai dipercayai Pasir Panjang di Pulau Tioman.

Menurutnya, cengkerang gergasi dan kulit siput yang dibungkus dengan plastik merah itu telah dipulangkan kepadanya pada pagi 20 Mac.

Pelancong kena ketika masih di Pulau Tioman

Menerusi penjelasan di dalam video, pelancong itu yang juga seorang pakcik telah mengambil dua cengkerang berwarna putih yang diletakkan di beberapa tunggul kayu di sana.

“Pakcik itu ambil cengkerang itu daripada sini dan bawa pulang ke Kampung Salang. Malam tadi, ada ‘orang’ datang ziarah dia dan suruh pulangkan benda ni balik.

“Nasib baik kena kacau masa pelancong masih di Tioman,” kata @mermanpulau.

Dia kemudian meletakkan semula cengkerang dan kulit siput itu di tempat asalnya.

@mermanpulau

Reply to @hattadolmat_ yes. Naseb baik kena kacau masa pelancong masih di TIOMAN. 👁 . Peringatan untuk semua 🙏🏻. #fyp #islandlover #TheRaidOcean

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Dalam video tersebut, dia turut memberi peringatan kepada para pelancong yang hadir ke pulau itu agar tidak mengambil sebarang khazanah laut yang ada di sana kerana ia hanyalah untuk tontonan.

“Canti memang cantik, tapi tak boleh bawa balik, hanya boleh tengok sahaja,” katanya lagi.

Malah dia menerusi di ruangan komen ada menjelaskan bahawa setiap pelancong yang berkunjung ke sana sudah pun diberi peringatan dan taklimat agar mematuhi undang-undang di Taman Laut Malaysia setiap kali tiba ke satu-satu check point.

Tambahnya lagi, jika gagal mengikut ketetapan yang diberikan, alamatnya ‘terpaksalah tanggung sendiri akibatnya’.

Melihat ke ruangan komen rata-rata netizen turut menceritakan pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi seperti ini.

Ada juga yang memberi nasihat agar tidak mengambil sebarang khazanah laut kerana telah banyak berlakunya insiden yang tidak diingini.

Kutip dekat pantai balik meracau

Mak ayah pesan pergi mana-mana pun jangan bawak balik benda dari tempat tu

Barang khazanah Tioman tolong jangan ambil

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.