Singapura Tarik Balik SOP Wajibkan Pelitup Muka Di Luar Rumah Bermula 29 Mac

Kerajaan Singapura mula melonggarkan peraturan Covid-19 termasuk menarik semula sekatan bagi pelawat divaksin sepenuhnya yang tiba ke negara itu serta menggugurkan syarat memakai pelitup muka di luar rumah.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dalam satu ucapan pada Khamis pagi (24 Mac).

Ini bermakna rakyat dan pengunjung di Singapura kini diberikan pilihan sama ada untuk kekal memakai pelitup muka atau boleh menanggalkannya di luar rumah.

Mereka bagaimanapun masih perlu menggunakan pelitup muka sekiranya berada di dalam bangunan dan tempat tertutup.

Jelas Hsien Loong, semua kelonggaran ini akan mula dikuatkuasakan bermula 29 Mac 2022.

Menurut laporan Straits Time, Singapura juga akan membenarkan perhimpunan dalam kumpulan sehingga 10 orang yang sebelum ini dihadkan kepada 5 orang sahaja. Mereka juga akan mula meningkatkan had kapasiti bagi tempat kerja dan sebarang majlis.

Sebagai rekod, Singapura antara negara terawal yang beralih kepada strategi hidup bersama COVID-19, tetapi terpaksa memperlahankan beberapa rancangan pelonggarannya berikutan penularan wabak Omicron.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

7 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

7 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

7 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

7 hours ago