fbpx
Now Reading
Guna Alasan Syarikat Tak Mampu Bayar Gaji RM 1,500, Wanita Diberhentikan Secara Tiba-Tiba

Guna Alasan Syarikat Tak Mampu Bayar Gaji RM 1,500, Wanita Diberhentikan Secara Tiba-Tiba

Untuk makluman jika majikan mahu memberhentikan pekerja ia perlu mempunyai alasan yang munasabah dan perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 19 Mac yang lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan kadar gaji minimum berjumlah RM1,500 bermula Mei ini.

Pengumuman itu disambut baik rata-rata rakyat Malaysia khususnya golongan pekerja. Namun ada juga dilihat kurang senang dengan kenaikan berkenaan terutamanya para majikan dan syarikat-syarikat kecil yang sebelum ini terkesan dengan penularan Covid-19,

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial apabila seorang wanita terkejut apabila dia diberhentikan kerja oleh majikannya secara tiba-tiba.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @notscha_ di TikTok, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Scha meluahkan rasa terkejutnya apabila dibuang dari grup WhatsApp tempatnya bekerja iaitu di sebuah syarikat menjual produk di Pasir Gudang, Johor.

@notscha_

dibuang secara mengejut , allah nak bagi rezeki lebih baik 🙂 #fyp #fypシ

♬ only love can hurt like this – favsoundds

Dia yang pelik dengan tindakan itu telah bertanya kepada majikannya apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Majikannya kemudian memberitahu kepada Scha bahawa dia telah diberhentikan dan tak perlu lagi hadir ke pejabat pada hari berikutnya.

Diberhentikan pada 23 Mac atas alasan tak mampu bayar gaji RM 1,500

Scha ketika dihubungi berkata yang dia telah diberhentikan secara mengejut pada 23 Mac lalu atas alasan syarikat tidak mampu untuk membayar gaji minimum sebanyak RM1,500 seperti yang diumumkan oleh kerajaan.

Foto : Scha

Majikan siap cari pekerja baru

Apa yang lebih membuatkan dia terkilan ialah selepas dia diberhentikan, majikan telah bertindak mencari pekerja baru.

Malah dia tidak menyangka ia begitu drastik walhal perkara itu hanya akan dikuatkuasakan bermula 1 Mei nanti.

“Saya masih terkilan sebab selepas video yang saya muat naik di TikTok itu tular, saya dapat tahu majikan saya membuat satu posting iklan jawatan kosong untuk mencari pekerja baharu.

“Alasanya cuma tak mampu bayar sebab kerajaan dah bagi surat untuk bayar pekerja RM1,500, sedangkan ia berkuatkuasa pada bulan Mei nanti, tapi saya diberhentikan awal,” kata Scha kepada BuzzKini.

Apabila ditanya berkenaan gajinya, Scha memberitahu majikannya itu tidak mahu membayar gajinya dengan kadar segera dan meminta Scha untuk menunggu sehingga tarikh yang ditetapkan.

“Dia masih suruh saya tunggu tarikh gaji iaitu 5 April nanti, walhal gaji saya selama tiga minggu tak cecah RM1000,” ulasnya.

Difahamkan setakat ini hanya dirinya sahaja yang diberhentikan daripada syarikat berkenaan.

Reda dengan apa yang berlaku dan percaya ada hikmah di sebaliknya

Perkongsiannya di TikTok bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah rata-rata netizen dilihat mengecam tindakan majikannya dan mencadangkan agar gadis ini segera membuat laporan kepada pihak berwajib terutamanya jabatan buruh.

Scha bagaimanapun menjelaskan bahawa dia buat masa ini dia tidak mahu mengambil apa-apa tindakan dan reda serta percaya apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

“Mungkin ada rezeki lebih baik selepas ini,” kata Scha.

‘Tidak dipecat dengan notis tapi dipecat dengan remove di group WhatsApp’

‘Stay strong’

Bolehkah majikan buat tindakan sebegini?

Menurut Kerjajer, sekiranya majikan mahu memberhentikan pekerja ia perlu mempunyai alasan yang munasabah dan perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.

Semakan kami turut mendapati Akta Kerja 1955 (Akta 265) menekankan pekerja boleh menuntut haknya apabila diberhentikan oleh majikan.

Malah perkara ini pernah diperjelaskan oleh bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib pada tahun 2017 di mana terdapat beberapa perlindungan asas yang diberikan kepada pekerja yang diberhentikan secara tiba-tiba.

Antaranya ialah majikan perlu memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen 12 (2) Akta Kerja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.