fbpx
Now Reading
Double Celebration! Graduan Terima Ijazah Dengan Baju Pengantin Selepas 4 Jam Dinikahkan

Double Celebration! Graduan Terima Ijazah Dengan Baju Pengantin Selepas 4 Jam Dinikahkan

Mereka mula berkenalan ketika bekerja di klinik sama daerah sehingga membawa ke jinjang pelamin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan institusi-institusi pendidikan kini sedang giat menjalankan majlis konvokesyen bagi meraikan graduan mereka.

Lebih menariknya setiap kali munculnya musim konvokesyen pasti ada sahaja kisah menarik yang dikongsikan oleh para graduan.

Hadir memakai baju pengantin untuk terima ijazah

Terbaharu, seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan telah mencipta satu lagi kenangan manis di dalam hidupnya apabila hadir menerima ijazah pada majlis konvokesyen dengan memakai busana pengantin.

Ameerul Hakim Muzi@Ahmad Fauzi, 27, bersama pasangannya iaitu Nur Izzatul Nabilah Ghazali, 22, telah selamat dinikahkan pada 10.30 pagi Ahad (27 Mac) sebelum hadir ke UniSZA empat jam selepas itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ameerul Hakim yang merupakan seorang juru X-ray telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) pada petang Ahad di UniSZA.

Ameerul Hakim memaklumkan bahawa mereka pada asalnya telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada Mei depan, tetapi terpaksa untuk menganjak tarikh lebih awal disebabkan kekangan jadual isterinya yang bekerja secara kontrak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

“Saya mendapat tahu tarikh majlis konvokesyen sebulan yang lalu. Ketika itu saya fikir tidak dapat menghadirinya kerana semua persiapan perkahwinan termasuk bayaran tempahan dewan sudah dibuat,” katanya kepada pemberita.

Pihak universiti maklum boleh datang sesi petang

Dia bagaimanapun bersyukur apabila pihak unversiti memaklumkan bahawa dia boleh hadir pada sesi petang setelah selesai majlis akad nikah.

“Alhamdulillah syukur, walaupun penat tetapi saya tetap gembira kerana majlis berjalan lancar,” ujar Ameerul Hakim.

Dia turut berkongsi detik-detik manis ketika bertemu cinta hatinya itu dan menyatakan bahawa isterinya itu merupakan seorang junior di universiti dan memaklumkan mereka tidak pernah berjumpa ketika di kampus.

“Kami berkenalan ketika bekerja di klinik sama daerah ini, Ogos lalu dan bertunang empat bulan kemudian,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, isterinya juga bakal diraikan pada majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada Selasa ini (29 Mac) setelah berjaya menamatkan diploma dalam kursus yang sama dengan Ameerul Hakim.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.