fbpx
Now Reading
Ramai Terhibur Lihat Banyak Jenama Terkenal Cuba Pikat Lelaki Kacak Baru Lepas Konvokesyen [Video]

Ramai Terhibur Lihat Banyak Jenama Terkenal Cuba Pikat Lelaki Kacak Baru Lepas Konvokesyen [Video]

Melihat di ruangan komen, antara jenama yang tidak melepaskan peluang untuk memikat Fahd adalah Bata, Saji, Bank Islam, Andalusia Travel, Alam Flora serta banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui ketika ini kebanyakan institusi pelajaran dan universiti sedang giat mengadakan majlis konvokesyen.

Majlis itu diadakan sebagai penghargaan kepada para pelajar yang sudah bertungkus-lumus berusaha untuk mengejar cita-cita mereka.

Malah sepanjang majlis ini diadakan pelbagai kisah suka, inspirasi dan sebagainya dapat kita lihat.

Graduan UIAM jadi tumpuan jenama di Malaysia

Namun sedikit berbeza dengan seorang graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini apabila video graduasinya mencuri tumpuan banyak jenama produk ternama yang berpangkalan di Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dhafvader di TikTok, kelihatan dia menunjukkan dirinya yang baharu sahaja keluar dari sebuah dewan di UIAM dengan memakai jubah konvokesyen serta suit.

Selesai keluar dari dewan dia yang dikenali sebagai Fahd kemudian berjalan di kawasan tempat letak kereta dan menunjukkan buku sijil yang diperolehinya ketika majlis itu sambil tersenyum gembira.

“Alhamdulillah untuk segalanya,” tulis Fahd di kapsyen.

@dhafvader

Alhamdulillah for everything 🙂

♬ original sound – umai – umai

Video konvo jadi tumpuan pelbagai jenama yang cuba mengorat

Walau bagaimanapun, video lelaki itu telah mencuri tumpuan ramai apabila kelihatan banyak jenama produk yang cuba untuk memikatnya di ruangan komen.

Malah kelihatan setiap jenama itu memperkenalkan nama dan umur mereka selain turut menyatakan apakah kemahiran yang dimiliki untuk menjadi pasangan lelaki berkenaan.

Antara jenama yang memberikan komen adalah jenama kasut Bata, PTPTN, Saji, Mydin, Rapid KL, Bank Islam, IIao IIao serta banyak lagi.

Apa yang lebih menarik Fahd juga dilihat turut memberi respon kepada beberapa komen-komen tersebut.

Malah komen-komen daripada pelbagai jenama itu turut dikongsikan oleh netizen di laman X sehingga mencuit hati orang ramai yang terhibur dengan perkara itu.

“Awal sangat Rapid KL kena reject. Patutlah semua video dekat TikTok sendu je”

“Alam flora pun join”

Buat pengambaran dengan IIao IIao

Difahamkan Fahd merupakan seorang model dan di ruangan balas di laman X dia turut berkongsi bahawa baru sahaja membuat pengambaran dengan jenama aiskrim, IIao IIao selepas videonya tular.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.