fbpx

Naib Canselor UiTM ‘Tegur’ Graduan Untuk Hormati Jubah Konvokesyen [Video]

Menurut Naik Canselor UiTM, Dr Shahrin pemakaian sokok mahupun motar board yang dipakai mahasiswa melambangkan ilmu yang dijunjung dan dianugerahkan kepada mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar graduan pastinya tidak sabar menanti hari konvokesyen mereka diadakan bagi meraikan kejayaan selepas berhempas pulas mengejar cita-cita hingga ke menara gading.

Malah keterujaan menanti hari bersejarah itu turut membuatkan kebanyakan daripadanya mengambil peluang untuk merakam momen indah bersama keluarga atau rakan-rakan seperti membuat pengambaran gambar bersama dengan memakai jubah konvo dan sebagainya.

Bukan hanya itu, di media sosial juga banyak mempamerkan segelintir bakal graduan memakai jubah dengan pelbagai gaya, ada yang berniaga sambil memakai jubah, menaiki flying fox dengan jubah dan banyak lagi.

Naib Canselor UiTM nasihat jubah konvokesyen perlu dihormati

Tindakan itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai termasuklah Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin yang menasihatkan para graduan untuk menghormati jubah konvokesyen sebagai pakaian istiadat yang penuh makna.

“Para akademik menyarung jubah ini sebagai tanda simbol kepada ilmu yang kami junjung. Pemakaian sokok mahupun motar board yang dipakai mahasiswa sebenarnya adalah menjunjung ilmu yang telah dianugerahkan kepada mereka,” jelasnya.

Pakaian jubah tidak dipakai oleh sebarangan orang, lambangkan kesarjanaan dan ilmu yang dijunjung

Oleh itu, beliau berharap agar seluruh graduan di Malaysia ini dapat menghormati pakaian jubah tersebut.

“Kerana ia bukan sebarang orang atau calang-calang orang yang boleh menyarung jubah tersebut, yang melambangkan kesarjanaan dan keilmuan yang mereka junjung itu.

“Kebelakangan ini saya lihat ada mahasiswa mahupun graduan yang menyarung jubah mereka dengan melakukan aksi-aksi konten kreatif.

“Saya pasti mereka ingin memperlihatkan tentang apa yang telah dianugerahkan kepada mereka. Tetapi pada pandangan peribadi saya, letaklah jubah itu, martabat itu sejajar dengan apa yang ditauliahkan melambangkan ilmu yang sangat mulia,” katanya lagi dalam satu video yang dikongsikan oleh UiTM di TikTok.

Turut kongsi Imam Ahmad Ibn Hambal pakai jubah dan serban ketika diminta beri fatwa

Beliau dalam masa sama turut berkongsi mengenai pengalaman yang dipelajari dari guru-gurunya sebagai contoh Imam Ahmad ibn Hambal yang menyarungkan jubah dan serban yang terbaik dimiliki apabila didatangi untuk meminta fatwa meskipun ketika itu sedang berpakaian biasa.

“Kena ingat firman Allah, ilmu itu dari sisi Allah maka ilmu yang saudara dan saudari pegang itu sangat mulia tinggi. Maka pakaian juga mengambarkan ilmu maka perihal pakaian itu, tatacara dan adabnya perlulah dianugerahkan kepada pakaian ilmu yang saudara saudari pakai.”

Mengintai di ruangkan komen, ramai yang turut bersetuju dengan apa yang dinasihatkan oleh Dr Shahrin. Malah ada yang mengatakan mereka juga turut dipesan oleh ibu bapa untuk menghormati pakaian tersebut.

“Tulah tengok ada yang pakai jubah sambil masa di dapurlah, cuci motorlah, mortar board sampai terapung atas air lah tah apa-apalah”

“Betul, bukan sebarang orang yang boleh pakai jubah konvo. Hanya yang ada degree, ini lepas pra sekolah dan tahun enam pun nak pakai jubah”

“Dulu pakaian kalau kotor pun takut.. memang tak berani nak pakai buat pelik-pelik. Dulu dalam dewan masa tengah konvo nak beborak nak main phone pun tak berani.. punya lah formal”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.