fbpx
Now Reading
“First Time Tengok! Sangat Rare” – Keluarga Beri Kejutan Hadiah Konvo Seperti Hantaran Kahwin [Video]

“First Time Tengok! Sangat Rare” – Keluarga Beri Kejutan Hadiah Konvo Seperti Hantaran Kahwin [Video]

Berdasarkan video tersebut, hadiah berbentuk seperti hantaran perkahwinan itu turut mencuri tumpuan orang ramai yang berada di Majlis Konvokesyen UKM ke-51 di Bangi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang penuntut di pusat pengajian tinggi, perkara yang paling diimpikan pastinya hari menerima skrol di mana tamatlah sudah susah payah selama bertahun-tahun menuntut ilmu.

Paling menyeronokkan ketika hari tersebut disambut bersama ahli keluarga tercinta, pasti akan ada yang membawa bunga dan hadiah selain bergambar bersama-sama sebagai kenangan.

Tular video ahli keluarga bawa hadiah unik ketika majlis konvokesyen

Pun begitu, siapa sangka seorang graduan wanita ini dikejutkan oleh ahli keluarganya yang membawa hadiah-hadiah konvokesyen yang unik.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @shahirafairuss, graduan wanita itu baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Ahli keluarga datang bawa hadiah seperti hantaran perkahwinan

Bagaimanapun, semasa Majlis Konvokesyen UKM ke-51 itu, bapa saudaranya serta beberapa ahli keluarga yang lain telah datang bersama dengan membawa kejutan hadiah konvo seperti hantaran perkahwinan.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat beberapa orang ahli keluarganya sedang memegang dulang hadiah dilengkapi hiasan seakan rombongan meminang atau menikah.

Ketika melihat hadiah tersebut, graduan terbabit juga terkejut dan tertawa. Tidak hanya itu, hadiah berbentuk seperti hantaran perkahwinan itu turut mencuri tumpuan orang ramai yang berada di majlis terbabit.

Antara hadiah-hadiah yang diberikan

Antara hadiah yang disediakan di atas dulang hantaran itu adalah seperti baju kelawar, ubat resdung, kuaci, kain batik, baju kemeja, tudung, dan sejumlah wang tunai.

Namun lebih menarik lagi, hadiah telur dadar berserta nasi putih dan juga ‘king crab’ turut diberikan dalam bentuk hantaran dengan alasan ia merupakan makanan kegemaran wanita itu.

Netizen terhibur, sifatkan ia sebagai sesuatu yang rare

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat gelagat ahli keluarga berkenaan yang membawa hadiah konvo seakan hantaran perkahwinan.

Tidak hanya itu, mereka turut menyifatkan hadiah tersebut merupakan sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.