fbpx
Now Reading
Pembakar Daging Itik Punca Kebakaran di Pavilion [Video]

Pembakar Daging Itik Punca Kebakaran di Pavilion [Video]

Tambah Pavilion, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dan operasi perniagaan masih berjalan seperti biasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak tengahari tadi, berlegar di media sosial dan aplikasi perbualan WhatsApp satu video memperlihatkan asal tebal menyelubungi pusat beli belah Pavilion yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Insiden tersebut mencetuskan suasa panik di kalangan pengunjung selain turut mendapat perhatian netizen.

Menurut pihak pengurusan Pavilion, asap tebal berpunca dari kebakaran kecil di sebuah restoran di tingkat 1. Ia bagaimapun berjaya dipadamkan oleh alat keselamatan di pusat beli belah berkenaan.

Mereka juga sudah bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tambah Pavilion, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dan operasi perniagaan masih berjalan seperti biasa.

Kebakaran berlaku di tempat pembakar daging

Menerusi laporan Kosmo, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan menjelaskan api berjaya dipadamkan sendiri selepas ‘Sprinkler Head’ yang terdapat di dalam dapur restoran berkenaan pecah disebabkan bahang yang terhasil dari kebakaran tersebut.

“Kita juga difahamkan, kebakaran mula berlaku di tempat pembakar daging itik di restoran berkenaan selepas dimaklumkan sendiri pemilik restoran tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh unit forensik JBPM Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.