Kecewa Ada Pihak Salahkan Sistem Kehakiman, Sam Ke Ting Mahu Semua Henti Debat Tentang Kesnya

Keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani, Sam Ke Ting dipenjara enam tahun pada minggu lalu atas kesalahan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak nyata mencetuskan perdebatan sensasi di media sosial.

Ada yang bersetuju dengan hukuman tersebut dan ada juga yang tidak berpuas hati dan menyifatkan dia hanyalah mangsa keadaan.

Baca artikel berkaitan : Pemandu Wanita Langgar Mati 8 Remaja Main Basikal Lajak Dihukum Penjara 6 Tahun

Sehubungan itu satu petisyen telah dilancarkan bagi mendesak pembebasan wanita berkenaan menyaksikan ia telah ditandatangi lebih 800,000 kali.

Namun pagi ini, 18 April, Mahkamah Rayuan Putrajaya difahamkan telah membenarkan Sam Ket Ting menangguhkan hukuman pelaksanaan tersebut bagi membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman.

Panel tiga hakim yang terdiri dari Hakim Datuk P Ravinthran bersama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali bukan sahaja bersetuju membenarkan penangguhan tersebut, malah bersetuju Ke Ting dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ini sekali gus memberikan wanita itu kebebasan secara sementara sehingga rayuannya didengar.

Namun apa yang mencuri tumpuan ialah kenyataan peguam Ke Ting iaitu Muhammad Faizal Mokhta yang memaklumkan anak guamnya itu meminta orang ramai agar orang ramai agar tidak berdebat dan menimbulkan isu perkauman, sebaliknya memandang kes tersebut sebagai isu sejagat.

Menurut Muhammad Faizal, Ke Ting meluahkan rasa kecewa kerana terdapat pihak yang menyalahkan sistem kehakiman apabila selepas anak guamnya menang di peringkat akhir pendakwaan dan bela diri.

“Bagi tertuduh, dia adalah seorang yang percaya dengan kedaulatan undang-undang dan akur dengan sebarang keputusan mahkamah.

“Isu yang tertuduh sendiri faham ialah ia membabitkan nilai nyawa manusia, jadi kes ini bertembung dengan isu kebebasan seseorang tertuduh selagi dia tidak dibuktikan bersalah.

“Jadi dua isu ini yang diperjuangkan oleh saya iaitu selagi tidak dibuktikan bersalah maka dia tidak boleh dipenjarakan,” kata Faizal dipetik dari Harian Metro.

Tambahnya lagi, Ke Ting sewaktu memberi keterangan bela diri di Mahkamah Majistret berkali-kali mengucapkan rasa simpati terhadap kehilangan ahli keluarga yang terlibat.

“Jika kita pandang kes ini mengikut isu sejagat, mana-mana yang menang, sama ada didapati bersalah atau dibebaskan, yang menang adalah rakyat Malaysia, bukan perjuangan individu atau peribadi Ke Ting,” katanya lagi.

Terdahulu panel hakim membenarkan permohonan ikat jaminnya hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago