
Tindakan Budak Lelaki Belikan Selipar Buat Warga Emas Dipuji Netizen [Video]
Walaupun masih kecil, itu tidak menghalang seseorang itu untuk menunjukkan akhlak yang baik kepada orang lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mempunyai seorang anak yang mempunyai akhlak yang baik merupakan satu anugerah yang tidak ternilai buat ibu bapa. Ini kerana sifat terpuji ini tidak boleh dijual beli sebaliknya perlu dibentuk dengan pendidikan yang berkesan.
Apatah lagi akhlak yang baik itu pasti akan membuatkan orang di sekeliling merasa senang melihatnya seperti satu video yang tular di Twitter yang memaparkan sekumpulan budak lelaki yang berkerumun pada seorang pakcik tua yang berada di hadapan sebuah kedai serbaneka.
Masuk kedai bawa keluar selipar yang dibeli untuk pakcik
Dalam video tersebut kelihatan, sekumpulan budak lelaki itu masuk ke dalam kedai serbaneka tersebut dan tidak lama selepas itu keluar salah seorang dari rakannya yang keluar membawa selipar yang dibelinya.
Apa yang lebih menarik, dia bukan sekadar membelikan selipar malah dilihat meminta pakcik itu untuk mencuba selipar yang dibawanya itu.
Namun disebabkan tidak muat, dia kemudiannya berulang kali masuk ke dalam kedai berkenaan sehingga mereka menjumpai saiz yang bersesuaian dengan pakcik tersebut.
‘Adik akak doakan awak berjaya dunia dan akhirat’
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen yang memuji sikap mulia budak lelaki itu dan mendoakannya agar terus berjaya di dunia dan akhirat.
Bukan itu sahaja, mereka turut memuji dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa budak lelaki itu kerana mempunyai anak yang berakhlak baik.
Adik, akk doakan awak berjaya didunia dan diakhirat ye
— Ayu tweet cakap . . . . (@tweet_ayuyu) May 5, 2022
‘Siapa mak ayah dia? Tahniah’
Siapa mak ayah dia ? Tahniah saya bangga dgn anda 💪🏻👍🏻👍🏻👍🏻 https://t.co/6IR1krxv1K
— nuaii (@letsNoial) May 5, 2022
‘Tahniah Malaysia, kita sepatutnya memberi inspirasi kepada semua orang untuk melakukan kebaikan’
Well done Malaysians! Lets inspire everyone around us. A small good deed goes a loong way https://t.co/k0hSQcjtVX
— Azmad Kareem (@AzmadKareem) May 5, 2022
‘Sejuk perut ibu mengandung dapat anak macam ni’
Allahuakbar , semoga mnjadi asbab adik ni mnjadi ahli syurga , insyaallah… sejuk perut ibu mngandung dpt ank mcm ni 🥺 https://t.co/FJjdS1w7d8
— 🍂 (@akyppyka) May 5, 2022