Beberapa hari lalu media sosial hangat memperkatakan mengenai satu tinjauan laporan oleh sebuah laman yang menyenaraikan rakyat Malaysia sebagai pengguna paling banyak melayari laman web lucah di Asia pada tahun 2020.
Jika dilihat pada statistik tahun yang dikongsikan tersebut, ianya diambil pada awal 2020 sewaktu seluruh dunia mula berdepan dengan penularan wabak Covid-19 atau lebih tepatnya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Apa yang lebih mengejutkan apabila Malaysia juga berada pada kedudukan yang begitu tinggi bagi keseluruhan negara dalam dunia iaitu di tempat keempat di belakang Slovakia, Bulgaria dan Ireland.
Namun senarai berkenaan difahamkan merujuk kepada kategori lucah yang berkait dengan tema koronavirus dan bukannya secara keseluruhan.
Baca artikel berkaitan : Malaysia Di Kedudukan Pertama Di Asia, Layari Laman Lucah Sewaktu PKP
Namun pada penghujung tahun 2021, laman lucah berkenaan telah mengeluarkan satu lagi senarai trafik baru bagi penggunjungnya di seluruh dunia.
Apa yang bagusnya ialah Malaysia langsung tidak tersenarai sebagai 20 teratas bagi negara dengan jumlah tontonan pornografi tertinggi sebaliknya Jepun di tempat ke-3 dunia.
Manakala satu lagi negara Asean iaitu Filipina berada di tempat ke-9 dunia sekaligus menjadi yang kedua tertinggi di Asia.
Sebagai info, sekitar November 2021, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa sejumlah 4,068 laman pornografi telah disekat oleh KKMM.
Baca artikel berkaitan :
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…