fbpx
Now Reading
5 Pulau Cantik Di Johor Yang Wajib Korang Lawati
Pulau Menarik di Mersing Johor

5 Pulau Cantik Di Johor Yang Wajib Korang Lawati

Keindahan pulau di Johor memang tak dapat disangkal lagi. Malah lokasinya yang menarik serta air yang jernih membuatkan para pelancong pasti nak datang lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila bercerita tentang melancong ke pulau, ramai di antara kita pasti akan memilih Terengganu atau Pulau Langkawi sebagai destinasi pilihan.

Akan tetapi, selain dua lokasi tersebut sebenarnya banyak lagi pulau-pulau yang cantik boleh korang lawati antaranya di Johor.

Lokasi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @arinasofeaaa yang menunjukkan keindahan beberapa pulau di Johor.

Antara pulau di Johor yang boleh anda lawati adalah:

#1 Pulau Pemanggil, Mersing

Lokasi pulau ini sedikit jauh dari Mersing dan ia memakan masa 4 ke 5 jam. Namun, lokasi pulau ini masih menjadi tumpuan untuk mereka yang gemar memancing.

Jadi jika korang seorang pemancing, inilah destinasi yang patut korang tuju.

#2 Pulau Aur, Mersing

Perjalanan ke pulau ini boleh dikatakan sama dengan Pulau Pemanggil.

Kelainan di pulau ini adalah korang boleh lakukan beberapa aktivti air seperti snorkeling dan juga diving.

#3 Pulau Dayang, Mersing

Pulau ini berdekatan dengan pulau Aur tetapi apa yang menariknya adalah keadaan air laut di sini sangat jernih.

Bukan itu sahaja terdapat terumbu karang yang lawa. Pantainya juga bersih dan korang boleh lihat pasir di situ putih dan ia menjadi salah satu pulau tumpuan pelancong.

#4 Pulau Besar, Mersing

Pulau Besar atau dikenali sebagai Pulau Babi merupakan antara pulau yang terkenal dengan sejarah silamnya.

Malah ada juga yang memanggil pulau ini sebagai pulau ‘cinta’. Selain itu, air laut nya juga jernih dan terdapat banyak terumbu karang yang cantik.

Oleh itu, tidak rugilah jika korang ke sini.

#5 Pulau Tengah, Mersing

Terdapat sebuah resort yang dibina berkonsepkan rumah kampung melayu di mana ia sangat sesuai untuk korang bawa keluarga datang ke pulau ini. Malah korang juga dapat menikmati pemandangan laut yang cantik di keliling resort.

Memang best tengok setiap satu pulau ni, sejuk je mata. Cuba korang pejamkan mata bayangkan diri tengah menikmati pemandangan di sana, memang menyeronokkan.

Apa lagi, bolehlah buat kira-kira budget nak datang ke pulau ni. Cuti sekolah pun dah tak lama lagi, jadi inilah masanya nak bergembira bersama keluarga.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.