Wabak Cacar Monyet: Lebih Banyak Kes Yang Akan Dikesan Di Seluruh Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan lebih banyak kes penyakit cacar monyet ‘monkeypox’ akan dikesan melalui perluasan tindakan pengawasan di negara-negara yang lazimnya penyakit itu tidak ditemui.

Sehingga 22 Mei, WHO memaklumkan sebanyak 92 kes positif direkodkan, termasuk 28 kes suspek cacar monyet dari 12 negara anggota yang bukan wabak endemik.

Panduan dan cadangan akan diberikan

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, pihaknya akan menyediakan garis panduan bagi langkah mengurangkan penyebaran monkeypox ini dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Maklumat yang tersedia memaklumkan penularan dari manusia ke manusia berlaku dalam kalangan orang yang mempunyai hubungan fizikal rapat dengan kes bergejala,” jelas WHO.

Monkeypox adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan simptom ringan dan diklasifikasikan sebagai wabak endemik di sebelah barat dan tengah Afrika.

Sama seperti Covid-19, penyakit itu merebak menerusi kontak rapat, jadi ia boleh dikawal dengan mudah melalui langkah seperti pengasingan diri ‘social distancing’ dan mengamalkan kebersihan diri.

Monkeypox tersebar melalui hubungan seksual

“Apa yang nampaknya berlaku sekarang ia berada di dalam populasi sama ada dalam bentuk seksual, alat kelamin dan disebarkan menerusi jangkitan seksual sehingga meningkat penularannya ke seluruh dunia,” kata Pakar Penyakit Berjangkit WHO, David Heymann.

Heymann berkata, jawatankuasa pakar antarabangsa yang bermesyuarat menerusi sidang video melihat kepada keperluan untuk mengkaji semula mengenai penularan dan berkomunikasi dengan orang awam.

“Ia termasuk sama ada terdapat potensi berlaku sebarang penyebaran tanpa gejala, golongan paling berisiko dan pelbagai saluran jangkitan.

“Mesyuarat itu diadakan kerana situasi mendesak, bagaimanapun jawatankuasa terbabit bukan entiti yang mencadangkan untuk pengisytiharan kecemasan kesihatan awam yang menimbulkan kebimbangan antarabangsa, iaitu bentuk amaran tertinggi dikeluarkan WHO dan terpakai terhadap pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, kontak rapat adalah ‘saluran’ jangkitan utama kerana kebiasaannya luka penyakit terbabit sangat cepat untuk menular.

Recent Posts

  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

35 mins ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

3 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

17 hours ago