fbpx
Now Reading
TMJ Kekal Sebagai Pemilik JDT, Akan Terus Pantau Kelab

TMJ Kekal Sebagai Pemilik JDT, Akan Terus Pantau Kelab

Tunku akan tetap memantau sebarang perkara yang berkaitan dengan infrastruktur, komersial dan juga kewangan kelab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) biarpun sudah mengumumkan mengundurkan diri daripada pengurusan kelab, hal ini kerana Tunku masih pemegang saham majoriti.

Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards berkata, Tunku Ismail hanya melepaskan tugas kepada Pengurusan JDT bagi hal-hal yang berkaitan dengan bola sepak dan juga teknikal.

Menurutnya lagi, sebagai pemilik kelab, Tunku akan tetap memantau sebarang perkara yang berkaitan dengan infrastruktur, komersial dan juga kewangan kelab.

“Ini bermakna Tunku Ismail tidak akan lagi terlibat secara menyeluruh dalam aspek seperti perpindahan pemain, perbincangan pasukan, perkara harian berkaitan pasukan, aktiviti-aktiviti pasukan, perbincangan kontrak dan sebagainya, yang mana menjadi sebahagian daripada tugas Tunku Ismail di kelab sebelum ini.

“Perkembangan terbaru ini juga bermakna Baginda tidak akan lagi kerap berada di Pusat Latihan JDT atau Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan dan sesi latihan, sesuatu yang Baginda sentiasa mengambil sedikit masa daripada jadualnya untuk berkunjung,” katanya menerusi kapsyen di Facebook Johor Southern Tigers, semalam (9 Jun).

Alistair menambah, Tunku Ismail telah terlibat secara aktif dalam urusan harian pengurusan JDT sejak penubuhan kelab pada 2013.

Katanya, ia termasuk memberikan sentuhan peribadi kepada pemain, jurulatih dan pegawai kelab.

“Kami memahami bahawa Baginda perlu fokus kepada komitmen lain seperti hal-hal berkaitan Negeri dan Pengurusan JDT terharu kerana telah diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab kelab ini,” ujarnya lagi.

Semalam, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengejutkan dunia bola sepak tempatan apabila mengumumkan pengunduran diri baginda daripada pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu diumumkan Tunku Ismail menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.