fbpx
Now Reading
Pernah Tular & Wajah Dikatakan Mirip Shuk Sahar, Suami Maklumkan Cik Non Viral Meninggal Dunia

Pernah Tular & Wajah Dikatakan Mirip Shuk Sahar, Suami Maklumkan Cik Non Viral Meninggal Dunia

Dia yang tampil memohon maaf sekiranya ada kesilapan dari pihak arwah turut memaklumkan tidak akan membuat apa-apa rakaman lansung tentang majlis pengebumian yang akan berlangsung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa tahun yang lalu, pernah tular di media sosial seorang founder kosmetik yang digelar Cik Non atau nama sebenarnya Nor Shahada Aisyah selepas dia dikaitkan dengan beberapa video membabitkan produk kurusnya.

Malah dia yang kerap tampil secara live di media sosial turut mejadi perhatian netizen apabila wajahnya dikatakan mirip pelawak dan usahawan, Shuk Sahar sehingga ada yang berseloroh bahawa mereka mempunyai hubungan adik-beradik.

Sudah meninggal dunia awal pagi tadi

Namun menerusi satu video di TikTok pada pagi Selasa 14 Jun, suami Cik Non berkongsi satu berita duka apabila memaklumkan bahawa pengasas produk kosmetik itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi tadi.

Menerusi video tersebut, suami arwah memaklumkan yang isterinya itu meninggal dunia pada jam 3.45 pagi tadi.

“Al-fatihah untuk arwah isteri saya”

@sabarituindahtau24434 ALFATIHAH UTK arwah isteri sy.#fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – sabarituindahtau24434🐻🇲🇾

Dia yang tampil memohon maaf sekiranya ada kesilapan dari pihak arwah turut memaklumkan tidak akan membuat apa-apa rakaman lansung tentang majlis pengebumian yang akan berlangsung.

Menerusi perkongsian yang tular di laman Facebook, beberapa individu mendakwa Cik Non meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada otak dan mengalami cirit birit selama empat hari.

Arwah kemudian dimasukkan ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.