Apa Itu Pencatutan & Kenapa GSC Didenda RM45,000 Kerana Mencatut Air Mineral & Keropok Kentang?

Syarikat pawagam terkemuka negara, Golden Screen Cinema Sdn Bhd (GSC) dijatuhkan hukuman denda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen Ayer Keroh pada Selasa (14 Jun) selepas didapati mencatut beberapa barangan jualan mereka.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di laman Facebook mereka, pencatutan itu melibatkan penjualan dua jenis barangan makanan iaitu air mineral 600 milimeter (ml) berjenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram dari jenama Mister Potato.

Pertuduhan tersebut dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) dengan kesalahan terletak di bawah Seksyen 14(1) kesalahan mencatut.

Kenapa GSC didenda dan berapa harga barangan tersebut?

Menurut Utusan, pihak pembelaan (GSC) gagal menimbulkan keraguan munasabah yang dibangkitkan pihak pendakwaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata, syarikat pangung wayang itu didapati melakukan kesalahan berkenaan setelah mahkamah meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Harga air mineral GSC RM3.30 dan keropok kentang Mister Potato RM5

Difahamkan harga air mineral 600ml jenama Spritzer itu dijual pada harga RM3.30 (berbanding harga 2.40 yang ditetapkan) manakala keropok kentang Mister Potato 75gm pada harga RM5 (berbanding RM3.40 yang ditetapkan), lapor Malaymail.

Malah mereka turut mengambil kira keterangan yang diambil dari tiga saksi pendakwaan serta empat orang saksi pembelaan.

“Hakim Nariman Badruddin telah membuat keputusan bahawa suatu kes melampaui keraguan yang munasabah atau beyond reasonable doubt terhadap pertuduhan utama gagal dibuktikan oleh pihak pembelaan. 

“Setelah mahkamah mendengar rayuan pengurangan hukuman daripada peguam bela bagi orang kena saman (OKS) serta hujahan imbangan pemberat dari pihak pendakwaan, maka hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM45,000 bagi pertuduhan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesalahan ini dilakukan GSC di pagawam mereka di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.

Apa itu mencatut atau pencatutan?

Secara ringkasnya pencatutan adalah tindakan peniaga mengambil keuntungan yang tinggi dan tidak munasabah.

Justeru terma ‘peniaga mencatut’ merujuk kepada mana-mana peniaga yang mengambil untung dari penjualan sesuatu barangan atau perkhidmatan secara berlebihan.

Menurut KPNDHEP, pihaknya mempunyai cara pengiraan dan penetapan pencatutan (profiteering) yang mengambil kira banyak faktor seperti harga asal, kos pengilangan, pembukusan, pengedaran, harga borong dan akhirnya harga runcit.

Bagi mengatasi isu pencatutan dan manipulasi harga oleh para peniaga ini, KPDNHEP telah mengadakan beberapa operasi pengkuatkuasaan yang diberi nama Operasi Catut melibatkan setiap rantaian perniagaan.

Ini termasuklah sektor pengilangan, pengimportan, pengedaran, pemborongan dan peruncitan di seluruh negara yang mana sekiranya peniaga melakukan kesalahan mencatut akan diambil tindakan di bawah perundangan tersebut.

Apakah penalti yang boleh dikenakan terhadap peniaga yang mencatut harga barangan

Menurut KPDNHEP lagi, terdapat dua jenis penalti yang boleh dikenakan kepada peniaga yang melakukan kesalahan mencatut dan ianya bergantung kepada jenis perniagaannya.

Jika pertubuhan perbadanan

Jika peniaga itu adalah suatu pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM500,000 untuk kesalahan pertama. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, ia boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000.

Jika bukan pertubuhan perbadanan

Jika peniaga itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya pula, mereka boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.

Tambah KPDNHEP lagi, perkara ini juga boleh dielakkan oleh penguna. Jelasnya, orang ramai perlu tahu hak dan tanggunjawab mereka sebagai pengguna serta peka dengan informasi semasa dengan melengkapkan diri mereka dengan ilmu kepenggunaan.

Mereka juga boleh menyalurkan aduan atau mengajukan pertanyaan kepada KPDNHEP menerusi beberapa saluran iaitu :

  1. Portal rasmi KPDNKK;
  2. Emel eaduan[at]kpdnhep.gov.my
  3. SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN”;
  4. Whatsapp kepada KPDNHEP di talian 019-2794317;
  5. Aplikasi telefon pintar – EzAdu KPDNKK;
  6. Media Sosial – Twitter dan Facebook KPDNKK;
  7. Lapor/hadir sendiri ke pejabat KPDNKK berhampiran; dan
  8. Pusat Aduan Bergerak.

Untuk membuat aduan menerusi laman e-aduan KPDNHEP, rujuk langkah-langkah penuh di bawah:

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

7 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

9 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

10 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

11 hours ago