fbpx
Now Reading
Berang Dengan Kenaikan Harga Barang Musim Raya? Ini Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP

Berang Dengan Kenaikan Harga Barang Musim Raya? Ini Cara Buat Aduan Kepada KPDNHEP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sudah menjadi lumrah di negara kita dimana setiap kali menjelang apa-apa perayaan pasti akan berlaku kenaikan barangan mentah.

Bagai tiada penghujung, alasan utama yang biasanya kedengaran berhubung isu kenaikan adalah disebabkan permintaan barangan yang tinggi berbanding waktu biasa.

Pelbagai cara sudah dilakukan oleh agensi kerajaan antaranya dengan mengadakan pemantauan namun masih ada para peniaga yang masih berani menaikkan harga barangan ini khususnya barangan mentah seperti ayam dan daging.

Jadi sebagai persedian menghadapi raya tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Bagi Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 yang sudah berkuat kuasa dari 21 April sehingga 20 Mei ini. 

Untuk SHMMP 2021 terdapat 12 barangan dari 4 yang akan diberi kawalan iaitu :

Kategori Ayam , Telur ayam, Daging & Hasil Laut (ikan kembung termasuk ikan mabung, ikan selayang dan ikan tongkol.

Harga siling SHMMP 2021

Skim ini diharap dapat dijadikan peringatan kepada golongan peniaga baik dari peniaga sendiri sehinggalah ke peladang. Ini kerana kegagalan mematuhi Skim harga ini akan menyebabkan mereka didenda iaitu :

a.Orang Perseorangan – Maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara
b.Pertubuhan Perbadanan – Maksimum RM500,000

Persoalannya bagaimanakah jika anda masih lagi berdepan dengan isu sebegini meskipun SHMMP sudah dijalankan?

Simpan Bukti barang mahal

Paling utama adalah :

a. Simpan resit ( sebaiknya ambil gambar dengan jelas dan terang)
b. Dapatkan nama kedai/premis dan alamat nya.
c. Kalau ada label harga , ambil sekali gambar label harga bersama produk
d. Rekodkan tarikh dan waktu anda membuat pembelian.

2 Cara mudah buat aduan

Terdapat pelbagai cara untuk membuat aduan kepada KPDNHEP namun yang paling mudah adalah :

a. WhatsApp dan salurkan maklumat termasuk foto ke nombor 019-2794 317.
b.Buat aduan di laman aduan KPDNHEP

Cara buat aduan di laman KPDNHEP :

Bagi whatsapp mungkin anda perlu berhubung dengan pegawai yang bertugas sebelum anda diminta menyalurkan beberapa maklumat seperti harga kenaikan, gambar bukti dan juga lokasi kejadian namun sekiranya khuatir aduan anda lambat diproses kerana volume aduan yang terlalu tinggi kenapa tidak melakukan aduan menerusi laman web KPDNHEP?

Jom ikuti panduan kami untuk membuat aduan di laman tersebut :

1)Klik pada pautan e-aduan. Pilih aduan kepenggunaan.

2)Tekan Log masuk dan sila log masuk . Buat anda yang tidak mempunyai akaun sila klik pada Daftar Pengguna Baru dan lengkapkan pendaftaran anda. Seterusnya tekan Daftar sekali lagi.

3) Anda akan dibawa masuk ke ruangan Dashboard. Klik Pada +Aduan Baru (warna merah dengan simbol tambah +)

4) Anda akan di bawa kesini, Tab Ruangan aduan.

Isi Maklumat Aduan. Untuk membuat aduan sila pilih kategori aduan. Bagi kes kenaikan barangan sila pilih Kategori Aduan > Harga dan Subkategori> Harga Mahal .

Tuliskan sekali nama dan alamat premis yang anda dah simpan tadi. Pastikan anda isi ruangan yang ada tanda bintang merah tu! Kalau selesai klik Simpan & Seterusnya. Anda akan di bawa ke bahagian lampiran.

5) Klik pada ‘+ Lampiran‘ yang kami da bulatkan di bawah.

Ok ini juga bahagian yang penting. Segala bukti yang anda dah simpan sebelum ini seperti resit, label harga dengan gambar produk bolelah dimuat naik disini. Jika hanya mempunyai satu bukti pun sudah cukup.

Caranya pilih fail, dan tekan tambah. Ulang sampai semua lampiran dah dimuat naik. Pastikan setiap gamba yang inggin dimuat naik tidak melebihi 2MB . Selesai je muat naik lampiran tekan simpan dan seterusnya . Lepas tekan anda akan di bawa ke Semakan Aduan. Contoh macam kat bawah ni.

6) Buat semakan sebelum tekan hantar

Jadi disini apa yang perlu anda lakukan ada menyemak sebagai info yang disalurkan sebelum ini betul dan tepat. Jika ada pembetulan yang perlu dilakukan klik butang sebelum dan sunting kembali tapi sekiranya semunya tepat terus tekan butang hantar.

Siap! Sebaik menghantar akan timbul pop-up – Gambar emoticon macam bawah ni.

Ini bermakna anda telah berjaya membuat aduan. Berhubung dengan emoticon tersebut berilah senyuman! Kan semuanya sudah dipermudahkan! Akhir kata Jadilah pengguna yang bijak!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.