Pembatalan Tayangan Animasi Lightyear: Bukan Kami, Tapi Itu Keputusan Pengedar, Kata LPF

Baru-baru ini kami ada melaporkan tentang pembatalan filem animasi keluaran Pixar dan Disney, Lightyear di Malaysia dan 13 lagi negara.

Difahamkan perkara itu berlaku selepas Walt Disney Co gagal mendapatkan kebenaran untuk menayangkan filem terbaharunya itu di 14 negara tersebut yang terdiri dari beberapa negara di Timur Tengah dan Asia.

Memandangkan belum ada sebarang kenyataan rasmi atau kata putus daripada Lembaga Penapis Filem (LFP) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN), ramai beranggapan pasti ianya ada kaitan elemen-elemen songsang selain satu adegan babak ciuman sesama sejenis di antara dua watak wanita di dalam filem tersebut.

Baca artikel berkaitan : Gara-gara Adegan Bercium Sesama Jenis, Tayangan Lightyear Diharamkan Di 14 Negara Termasuk Malaysia

Lightyear sudah pun diluluskan dengan ‘LDP’ pada 30 Mei 2022

Terbaharu, LPF tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku hingga menyebabkan pembatalan tayangan filem berkenaan di negara kita.

Menurut LPF, pihak mereka sudah pun menonton tapis filem Lightyear dan telah memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikasi P13 pada 30 Mei 2022.

Ada arahan potong dan ‘mute’ pada bahagian yang mempromosi budaya songsang

‘LDP’ ini bermakna terdapat arahan penggubahan (pemotongan) bagi adegan dan disenyapkan (mute) pada dialog yang didapati mengandungi elemen-elemen yang mempromosi gaya hidup LGBT. Ini kerana semua ianya telah melanggar aspek-aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010.

“Pihak pengedar tidak bersetuju untuk mematuhi arahan..”

“Pengubahan ini berdasarkan peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010 di mana terdapat beberapa aspek-aspek yang akan dipertimbangkan oleh LPF sebelum meluluskan kandungan sesuatu filem atau bahan publisiti filem iaitu Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Keagamaan, Sosiobudaya, dan Ketertiban dan Ketatasusilaan.”

“LPF ingin menjelaskan bahawa filem ‘Lightyear’ telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya dan pembatalan tayangan filem tersebut di Malaysia adalah merupakan keputusan pihak pengedar filem iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun pihak pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan,” kata kenyataan tersebut.

Tidak akan berkrompomi

Tegas LPF lagi, mereka akan terus komited melaksanakan tanggungjawab penapisan filem dan bahan publisiti filem yang ditayangkan atau dipamerkan untuk tontonan umum di Malaysia.

“LFP juga tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasikan unsur-unsur LGBT yang bertenganan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Faisal Halim dilaporkan mengalami kelecuran tahap 4 serta pergerakan dan percakap terbatas ekoran daripada insiden…

34 seconds ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

58 mins ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

1 hour ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

17 hours ago