Lumrah orang yang bercinta, pada awalnya memang semua indah, yang buruk tetap dipandang cantik.
Malah, ada yang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan kekasih yang disayangi tidak meninggalkan dirinya termasuklah menyeksa diri sendiri.
Bila sudah serik barulah tersedar dari lamunan indah yang sebenarnya percintaan yang dijalani itu telah menjerat diri sendiri.
Menerusi laman Instagram pengacara terkenal, Fedtri Yahya telah memuat naik satu hantaran yang bertanyakan kepada pengikutnya jika ada yang mempunyai pengalaman bercinta bersama penagih dadah.
Ianya selepas beliau menerima satu mesej oleh seorang individu yang mahu mendapatkan nasihat mengenai hubungannya.
“Assalamualaikum, saya perlu nasihat berkenaan hubungan percintaan dengan penagih dadah. Dia kata nak berhenti dan saya nak tolong dia, tapi saya tak pasti macam mana.
“Atau saya patut tinggalkan je dia? Terima kasih saya sangat perlukan jawapan,” kata individu tersebut.
Berdasarkan hantaran tersebut, pelbagai nasihat dan reaksi telah diberikan oleh warganet yang rata-ratanya menasihatkan agar individu tersebut untuk meninggalkan sahaja pasangannya itu.
Ada yang berpendapat penagih dadah ini mulut sahaja manis, tetapi janji hanya tinggal janji dan meminta individu tersebut untuk mengambil iktibar daripada kes-kes yang banyak dilaporkan kerana dadah.
Pada pendapat penulis pula, sebelum fikirkan orang lain adalah lebih baik untuk memikirkan masa depan sendiri dan ada banyak cara untuk bantu mereka yang menagih dadah ini, tidak semestinya perlu mempunyai satu hubungan yang istimewa.
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…