“Apa Rakyat Dapat?” – ADUN Persoal Cadangan Naikkan Elaun Pengerusi FGV Kepada RM480k Setahun

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mempersoalkan cadangan FGV Holdings Bhd dalam mesyuarat agungnya untuk menambahkan elaun tahunan pengerusinya Datuk Dzulkifli Abd Wahab dari RM300,000 kepada RM480,000.

Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara menerusi satu hantaran di Facebook bekata, tindakan tersebut hanya akan mengumpulkan kekayaan mereka yang sudah kaya sementara nasib 40% golongan berpendapatan paling rendah (B40) tetap ditakuk lama.

“Khamis 23 Jun ada mesyuarat agung FGV, syarikat gergasi minyak sawit yang dimiliki 80% oleh Felda.

“Apa agenda mesyuarat ini? Adalah untuk mengenalpasti bagaimana hendak membantu peneroka? Tidak! Lihat notis mesyuarat. Agenda dua hingga enam hanya untuk penuhkan poket Pengerusi Dan ahli Lembaga Pengarah,” kata Rara.

Menurut Rara, kenaikan elaun tersebut adalah begitu tinggi iaitu RM180,000 selain menerima elaun kereta sebanyak RM18,000 sebulan.

“Akan diganti dengan kereta apa beliau mahu (minimum 2000cc) bersama perbelanjaan tahunan RM180,000. Wow! Pengerusi jugak ada bodyguard. Elaun club, dan segala tok nenek punya elaun.”

Tambah ahli politik DAP itu lagi, elaun Pengarah FGV juga akan dinaikkan dari RM120,000 kepada RM150,000

“Tak malu kah wahai ahli Lembaga Pengarah Felda yg dipengerusikan oleh Idris Jusoh bekas MB Terengganu. Kenapa MOF dan PM biarkan? Kami diberitahu agenda ini akan diluluskan esok kerana Felda sebagai pemegang saham utama sudah bersetuju. Apa rakyat dapat? RM100 sahaja, tu pun kepada golongan B40. Yang lain?” soalnya lagi.

Dia dalam masa sama turut berkongsi notis mesyuarat berkenaan untuk paparan orang ramai.

Syed Saddiq bangkitkan isu sama

Isu sama turut dibangkitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang lantang mengatakan duit Felda adalah duit para peneroka yang juga rakyat Malaysia.

“Gaji dah tinggi, dia naikkan lagi. Peneroka Felda tak dapat apa-apa. Orang atasan dapat semuanya.

“Saya betul-betul risau. Felda ini adlaah syarikat milik kerajaan, ciapnya di Twitter.

Usul turut dikecam netizen

Usul ini turut mengundang kecaman netizen apabila ada yang merasakan cadangan kenaikan ini adalah tidak wajar memandangkan rakyat masih lagi terkejut dengan pengumuman subsidi minyak masak tulen di dalam botol yang baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu.

Ada yang turut mempersoalkan kenaikan tersebut yang disifatkan tidak adil kerana peneroka hanya menerima sedikit sahaja imbuhan.

Yang peneroka dapat beras sekampit

Sebagai info, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dilantik sebagai Pengerusi FGV yang baru bagi menggantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 April 2021.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

4 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

6 hours ago