
“Apa Rakyat Dapat?” – ADUN Persoal Cadangan Naikkan Elaun Pengerusi FGV Kepada RM480k Setahun
Usul ini turut mengundang kecaman netizen selepas dikongsikan seorang pengguna Twitter.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mempersoalkan cadangan FGV Holdings Bhd dalam mesyuarat agungnya untuk menambahkan elaun tahunan pengerusinya Datuk Dzulkifli Abd Wahab dari RM300,000 kepada RM480,000.
Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara menerusi satu hantaran di Facebook bekata, tindakan tersebut hanya akan mengumpulkan kekayaan mereka yang sudah kaya sementara nasib 40% golongan berpendapatan paling rendah (B40) tetap ditakuk lama.
“Khamis 23 Jun ada mesyuarat agung FGV, syarikat gergasi minyak sawit yang dimiliki 80% oleh Felda.
“Apa agenda mesyuarat ini? Adalah untuk mengenalpasti bagaimana hendak membantu peneroka? Tidak! Lihat notis mesyuarat. Agenda dua hingga enam hanya untuk penuhkan poket Pengerusi Dan ahli Lembaga Pengarah,” kata Rara.
Menurut Rara, kenaikan elaun tersebut adalah begitu tinggi iaitu RM180,000 selain menerima elaun kereta sebanyak RM18,000 sebulan.
“Akan diganti dengan kereta apa beliau mahu (minimum 2000cc) bersama perbelanjaan tahunan RM180,000. Wow! Pengerusi jugak ada bodyguard. Elaun club, dan segala tok nenek punya elaun.”

Tambah ahli politik DAP itu lagi, elaun Pengarah FGV juga akan dinaikkan dari RM120,000 kepada RM150,000
“Tak malu kah wahai ahli Lembaga Pengarah Felda yg dipengerusikan oleh Idris Jusoh bekas MB Terengganu. Kenapa MOF dan PM biarkan? Kami diberitahu agenda ini akan diluluskan esok kerana Felda sebagai pemegang saham utama sudah bersetuju. Apa rakyat dapat? RM100 sahaja, tu pun kepada golongan B40. Yang lain?” soalnya lagi.
Dia dalam masa sama turut berkongsi notis mesyuarat berkenaan untuk paparan orang ramai.


Syed Saddiq bangkitkan isu sama
Isu sama turut dibangkitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang lantang mengatakan duit Felda adalah duit para peneroka yang juga rakyat Malaysia.
“Gaji dah tinggi, dia naikkan lagi. Peneroka Felda tak dapat apa-apa. Orang atasan dapat semuanya.
“Saya betul-betul risau. Felda ini adlaah syarikat milik kerajaan, ciapnya di Twitter.
GAJI DAH TINGGI, DIA NAIKKAN LAGI.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 23, 2022
Peneroka FELDA tak dapat apa-apa. Orang atasan dapat semuanya.
Elaun Pengerusi FELDA naik dari RM300,000 ke RM480,000 setahun.
Saya betul-betul risau. FELDA ini adalah syarikat milik kerajaan.
Duit FELDA duit peneroka FELDA, duit rakyat. pic.twitter.com/SLhbA8bZRV
Usul turut dikecam netizen
Usul ini turut mengundang kecaman netizen apabila ada yang merasakan cadangan kenaikan ini adalah tidak wajar memandangkan rakyat masih lagi terkejut dengan pengumuman subsidi minyak masak tulen di dalam botol yang baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu.
Tahukah anda hari ini akan diadakan Mesyuarat Agong FGV anak syarikat FELDA.
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) June 22, 2022
Apa agenda mesyuarat?
1) Elaun tahunan Pengerusi dinaikkan dari RM300,000 kpd RM480,000.
2) Kereta rasmi akn ditukar baru beserta elaun kereta RM18,000 sebulan.
Minyak masak kan dah takde subsidi. pic.twitter.com/08YrTGk3tK
Ada yang turut mempersoalkan kenaikan tersebut yang disifatkan tidak adil kerana peneroka hanya menerima sedikit sahaja imbuhan.
Yang peneroka dapat beras sekampit


Sebagai info, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dilantik sebagai Pengerusi FGV yang baru bagi menggantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 April 2021.