fbpx
Now Reading
“Saya Study Dulu” – Peguam Puteri Sarah Akan Teliti Video Tular Syamsul Yusof & Kazar Di Kedai Emas

“Saya Study Dulu” – Peguam Puteri Sarah Akan Teliti Video Tular Syamsul Yusof & Kazar Di Kedai Emas

Menurut Datuk Akberdin, pihaknya akan meniliti rakaman video tular itu sama ada ianya ada melanggari perintah interim injuksi yang dikeluarkan mahkamah pada minggu lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui kemelut yang melanda pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.

Isu ini semakin panas selepas Puteri Sarah nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar yang menurutnya adalah orang ketiga di dalam rumah tangga mereka.

Mahkamah kemudiannya mengarahkan Ira Kazar untuk memasukkan pembelaannya berhubung saman tersebut selain mengekalkan perintah interim injunksi ex-parte (sebelah pihak) agar tidak mengganggu Puteri Sarah di media sosial.

Baca artikel berkaitan :

‘Sampai Bila Nak Kena Pijak?’ – Puteri Sarah Saman Ira Kazar [Video]

Mahkamah Arah Ira Kazar Masuk Pembelaan, Tidak Boleh Ganggu Puteri Sarah

Namun sejak semalam, tular di media sosial satu video memperlihatkan Syamsul Yusof dan pelakon veteran, Kazar Saisi di sebuah kedai emas.

Menerusi video tersebut, Syamsul dilihat sedang membeli emas namun penjual yang sedang melayannya adalah Kazar. Dalam masa sama turut kelihatan proses menjual tersebut dirakam oleh seseorang dipercayai untuk penghasilan sebuah konten.

@rghaikimbyeongho Ustaz Adam beli emas dgn bapak ira kazar.latest news…😱#fyp #foryoupage ♬ original sound – Rghaikimbyeongho

Penularan video tersebut sekaligus menimbulkan satu spekulasi baru memandangkan status Kazar yang merupakan bapa kepada Ira.

Ada segelintir netizen yang dilihat kurang senang dengan video berkenaan seolah-olah Syamsul tidak peka dengan perasaan isterinya dan ada juga yang merasakan ia hanyalah sekadar satu konten.

Akan ambil tindakan sekiranya langgar perintah mahkamah

Bukan sahaja pengguna media sosial, video tersebut turut mendapat perhatian peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.

Menerusi laporan Harian Metro, Akberdin memaklumkan pihaknya akan meneliti rakaman video tular itu sama ada ianya ada melanggari perintah interim injuksi yang dikeluarkan mahkamah pada minggu lalu.

Sekiranya ada, pasukan guaman yang diketuai Akberdin akan mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya baru difahamkan mengenai klip video itu tapi pihak kami akan menelitinya terlebih dulu. Saya enggan menghakiminya pada peringkat ini kerana kami perlu ‘study’ dulu sama ada dia (Ira Kazar) melanggari perintah interim injuksi ini.

“Selepas itu barulah kita akan membuat rumusan jika perkara ini mempunyai kaitan dengan penghinaan sebab interim injuksi ini bukan setakat kepada Ira seorang saja, tapi ejen-ejen serta pihak yang mempunyai kaitan dan jelas bapa dia mempunyai kaitan dengannya.

“Kalau kita rasa ada pelanggaran perintah mahkamah dan barulah pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Sarah enggan komen

Dalam pada itu, Puteri Sarah yang dihubungi media memilih untuk tidak memberikan respon berhubung video tersebut sebaliknya menyerahkan perkara berkenaan kepada peguam.

“Saya enggan komen mengenai video itu, saya serahkan kepada peguam untuk meneliti rakaman video itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.