fbpx
Now Reading
“Amboi, Garangnya Nak” – Diganggu Ketika Bermain, Reaksi Anak Suruh Bapa Tidur Buat Ramai Terhibur
suruh bapa tidur kerana tidak mahu dikacau

“Amboi, Garangnya Nak” – Diganggu Ketika Bermain, Reaksi Anak Suruh Bapa Tidur Buat Ramai Terhibur

Orang ramai turut rasa terhibur tatkala melihat keletah si kecil yang marah kerana diganggu bapa sewaktu sedang bermain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan satu tahun hingga enam tahun kebiasaanya berada dalam fasa sedang sibuk meneroka dunia mereka.

Oleh itu, ketika fasa begini ibu bapa pasti akan meluangkan masa untuk bermain bersama. Ini secara tidak langsung dapat membantu dalam mengembangkan lagi daya pemikiran mereka selain membina bonding bersama si kecil.

Marah bapa ketika bermain

Namun, sedikit berbeza dengan sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok ini iaitu @sitinurfaseeha yang memaparkan seorang anak yang sedang memarahi bapanya sewaktu sedang bermain.

Menerusi video tersebut, kelihatan bapanya sedang meminta mainan yang ada di tangan si kecil tersebut.

Suruh bapa pergi tidur

Dia yang tidak mahu memberikan mainan tersebut serta rimas kerana asyik dikacau telah bertindak memarahi bapanya dengan menyuruh lelaki itu untuk tidur agar tidak mengganggunya.

“Papa pergi tido,” kata si comel itu.

Bapanya tanpa banyak alasan terus berpura-pura seperti sedang tidur sambil mulut si kecil itu masih terkumat kamit membebel.

“Ish kacau ya,” bebelnya di dalam video itu.

Buat orang ramai terhibur

Video yang berdurasi selama 16 saat itu turut mengundang perhatian ramai yang terhibur dengan gelagat si comel serta menyifatkan kanak-kanak itu terlalu garang kerana memaksa bapanya untuk tidur.

“Kenapa paksa bapak pergi tidur”

“Amboi, garangnya nak”

“Suka-suka je suruh orang tidur”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.