fbpx
Now Reading
“Ibu Bapa Mahu Yang Terbaik Untuk Anak..” – Johan Dikritik Kerana Garang Ajar Anak Mengaji, Ini Respon Ozlynn

“Ibu Bapa Mahu Yang Terbaik Untuk Anak..” – Johan Dikritik Kerana Garang Ajar Anak Mengaji, Ini Respon Ozlynn

Menurut Ozlynn, setiap mereka yang bergelar ibu bapa mempunyai cara dan kaedah tersendiri dalam mendidik anak-anak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu, tular di media sosial satu rakaman memperlihatkan pelawak terkenal, Johan Raja Lawak yang dilihat sedang mengajar anaknya mengaji.

Video tersebut yang pada mulanya dimuat naik isterinya, pelakon Ozlynn Waty ternyata menarik perhatian ramai memandangkan Johan dilihat begitu tegas dalam mendidiknya.

Meskipun ramai bersetuju dengan cara Johan, namun ada juga yang dilihat mengkritik perbuatan tersebut yang disifatkan agak keterlaluan memandangkan anak mereka masih begitu kecil.

Malah perkara sama turut dibangkitkan beberapa pengikut Ozlynn sendiri di Instagram apabila ada yang seolah-olah membandingkan cara Johan mendidik anak-anaknya dengan Nabi Muhammad SAW.

“Setiap ibu bapa lain didikannya”

Menurut Ozlynn, setiap mereka yang bergelar ibu bapa mempunyai cara dan kaedah tersendiri dalam mendidik anak-anak. Malah setiap didikan juga berbeza dan bergantung pada karakter seseorang anak itu sendiri.

“Ikut cara masing-masing. Itu bukan orang lain, ayah sendiri. Tahulah ayahnya pujuk semula dengan cara sendiri.

“Saya ada enam orang anak, walaupun keluar daripada rahim yang sama, tetapi karakter tetap berbeza. Cara hendak mendidik dan membimbing pun lain.

“Awak tidak tahu seluruh isi rumah ini, yang ditonjolkan hanya 5% sahaja, yang mana baik boleh dijadikan manfaat dan jika tidak, awak buang jauh-jauh.

“Anak sulung kami pun dah 18 tahun dan cara layanan dekat dia pun dah lain. Tak macam cara kami layan adik-adik dia. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka,” kata Ozlynn.

“Kecil dulu (kita) mengaji macam tu juga”

Tambah pelakon itu lagi, dia juga tiada masalah apabila anaknya dimarahi memandangkan dia turut dididik dengan cara yang sama.

“Tak rasa apa-apa sebab kecil dulu pun mengaji kena macam itu juga. Lepas itu terus pandai mengaji. Selepas habis mengaji, kita bagitahu la kat Chantiq yang papa sayang dia. Papa nak Chantiq dengan semua (adik beradik ) pandai. Nanti Chantiq boleh tolong adik-adik.

“Kalau papa tak sayang, tak mungkin ‘toys’ Chantiq banyak. Tengok dulu papa rotan bila Chantiq tak solat, sekarang surah lazim banyak yang Chantiq hafal. Papa puji Chantiq pandai dan bagus kan. Kita suruh Chantiq minta maaf dengan papa sebab banyak main masa mengaji,” kata Ozlynn menjawab satu pertanyaan yang diajukan pengikutnya.

Secara peribadi, kami merasakan perbuatan Johan adalah bertepatan dengan cara mendidik anak dalam Islam. Malah ramai dari kita turut dibesarkan dengan cara yang sama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.