fbpx
Now Reading
Simpati Rambut Anak Murid Dipenuhi Kutu, Cikgu Nekad Potong & Bersihkannya [Video]
Guru terpaksa gunting rambut pelajar kerana banyak kutu

Simpati Rambut Anak Murid Dipenuhi Kutu, Cikgu Nekad Potong & Bersihkannya [Video]

Seorang guru di Indonesia terpaksa menggunting rambut pelajarnya selepas melihat kanak-kanak itu asyik menggaru kepalanya dan kelihatan tidak selesa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan seorang guru di Indonesia menjadi perhatian di media sosial apabila dia terpaksa memotong dan membersihkan rambut muridnya yang dipenuhi dengan kutu.

Memetik laporan Wolipop, perkara itu turut dikongsikan oleh guru tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @zeraazzahra yang memaparkan keadaan rambut pelajar berkenaan.

Guru bawa pelajar keluar untuk gunting rambut

Dalam video tersebut, kelihatan guru tersebut telah membawa pelajarnya keluar dari kelas dan memintanya untuk duduk sebelum ia digunting olehnya sedikit demi sedikit.

“Salam kawan-kawan, saya nak kongsikan sedikit pengalaman kami. Hari ini semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini pelajar darjah 4 yang ditangkap menconteng semasa kelas.

“Bila saya tanya, kenapa awak asyik menggaru kepala?” tanya gurunya kepada pelajar tersebut.

Beritahu guru kepala gatal

Pelajar itu lalu menjawab kepada guru berkenaan bahawa kepalanya gatal.

“Kemudian kawan di belakangnya memberitahu saya bahawa kutu dirambut pelajar tersebut berjalan dan apabila dilihat ternyata perkara itu betul, kutu itu keluar dari tudung pelajar tersebut.

“Lalu saya membuka tudung pelajar tersebut, saya mendapati ada banyak kutu sampai berketul-ketul bila tudung di buka dan berbau hamis,” kata Zera yang terkejut dengan keadaan itu.

Minta guru lain bantu untuk uruskan pelajar tersebut

Dia kemudian meminta guru lain untuk membantunya menyikat rambut pelajar berkenaan dan kelihatan dia seperti tidak selesa selain gatal di bahagian kepalanya.

Selepas menyikat rambut, dia kemudian meletakkan ubat kutu untuk mematikan serangga berkenaan sebelum kembali menyisir rambut anak kecil itu.

Menerusi video, Zera turut bertanya kepada pelajar berkenaan adakah ibu bapanya mengetahui rambutnya itu dipenuhi dengan kutu dan dia memaklumkan ibunya tahu namun terlalu sibuk bekerja.

Pakai tudung setiap hari menjadikan rambut ada kutu banyak

Menurut Zera, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah dan kerana itu keadaan rambut menjadi lembap dan kutu menjadi banyak.

“Sampai setiap helai rambut ada sebiji telur. Akhirnya kawan saya potong rambut atas persetujuan pelajar itu, kami hanya memotong nipis agar kelihatan kemas dan cantik.

“Supaya kutu hilang, dan pelajar itu menjadi selasa,” jelasnya lagi.

Menerusi video yang berdurasi selama 3.8 minit, Zera menyatakan ini kali pertama dia mengendalikan pelajar yang mempunyai banyak kutu di rambutnya.

“Sampai penuh dari depan ke belakang, kutu bersiar-siar. Belakang tengkuknya sampai ada darah pada baju kesan daripada darah. Semoga anak ini kembali ceria dan teruja,” tambahnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.