fbpx
Now Reading
Lelaki Kantoi Rakam Orang Melabur Dalam Tandas, Sekali ‘Check’ Telefon Banyak Video Tak Senonoh [Video]

Lelaki Kantoi Rakam Orang Melabur Dalam Tandas, Sekali ‘Check’ Telefon Banyak Video Tak Senonoh [Video]

Mangsa yang dikenali sebagai Kamal itu berkata, pada awalnya dia telah berjaya menahan perakam tersebut namun pelaku melarikan diri sebelum ditangkap semula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial hantaran beserta video yang dimuat naik seorang pengguna yang mendakwa dirinya dirakam ketika sedang membuang air besar di dalam tandas awam.

Cerita ini kedengaran pelik tetapi hakikatnya ia benar berlaku di dalam kalangan masyarakat hari ini. Siapa sangka, kaum lelaki turut menjadi mangsa serangan seksual oleh jantina yang sama.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook (FB) Kamal Garong, lelaki itu mendakwa kejadian tersebut berlaku di tandas lelaki di Hentian Rehat dan Rawat Dengkil, Selangor.

Jadi lelaki sekarang dah tak selamat

“Pergh jadi lelaki sekarang dah tak selamat wow, baru je tadi dekat rnr Dengkil dalam pukul 9 lebih macam tu.

“Tengah memerut dengan cutting tak cantiknya boleh pula dia record filem dari bawah tandas hanat tul nasib baik aku jenis kalau memerut mata melilau, dapat tangkap pegang suruh follow last-last lari bila tanya asal lari,” tulisnya di kapsyen.

Berjaya menahan si pelaku

Lelaki yang dikenali sebagai Kamal itu berkata pada awalnya dia telah berjaya menahan perakam tersebut namun pelaku melarikan diri sebelum ditangkap semula.

“Katanya mana ada nak lari. Lepas tu boleh pula kata kalau nak hentak dia, hentak jela. Ingat aku tak tahu undang-undang paling pun pusing kat kita juga salah, katanya dia budak Cheras,” tulisnya lagi.

Pelaku seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah itu dipercayai menetap di Cheras. Dalam pada itu, telefon bimbit yang digunakannya untuk merakam turut dirampas bagi mencari bukti.

Terdapat banyak video tak senonoh dalam telefon bimbit pelaku

Apa yang lebih mengejutkan, ketika telefon bimbit pelaku disemak, terdapat banyak video tak senonoh yang dipercayai dirakam di dalam tandas secara senyap-senyap.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan tidak senonoh yang dilakukan pelaku terbabit.

Para isteri semakin bimbang keselamatan suami

Tidak hanya itu, para isteri juga menjadi semakin risau untuk membiarkan suami ke tandas sendirian serta berpesan agar sentiasa pantau keadaan di sekeliling ketika di dalam tandas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.