fbpx
Now Reading
“Berlumpur, Malu Dekat Pelancong” – Lelaki Kecewa Taman Monumen Terengganu Tak Terurus [Video]

“Berlumpur, Malu Dekat Pelancong” – Lelaki Kecewa Taman Monumen Terengganu Tak Terurus [Video]

Taman Monumen tersebut adalah tempat pelbagai replika binaan bersejarah dari tamadun Islam, seperti Masjid Nabawi, Hagia Sofia serta Masjid Al-Aqsa ditempatkan di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keindahan Negara Malaysia tidak dapat disangkal kerana negara ini sememangnya dipenuhi dengan sumber alam semula jadi serta tempat-tempat yang menarik.

Selain itu, Malaysia juga kaya dengan peninggalan bersejarah yang mana mampu menjadi tempat tarikan pelancong datang ke negara ini.

Namun jika kawasan sebegini tidak diselenggara dan diurus dengan baik, pasti lama kelamaan ianya akan sepi tanpa kehadiran sesiapa pun.

Taman Monumen Terengganu dalam keadaan tak terurus

Hal ini dapat dilihat apabila seorang lelaki menunjukkan keadaan di kawasan sekitar Taman Monumen, Taman Tamadun Islam di Terengganu yang kelihatan tidak terurus dengan baik.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @aryl_je, lelaki tersebut begitu kecewa apabila kawasan pelancong yang dilawatinya berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

Longokkan kayu balak dan replika masjid dalam keadaan kotor

Berdasarkan video tersebut, terdapat longokkan potongan kayu balak yang hanya dibiarkan begitu saja dalam tempoh yang lama.

“Ni sampai bila nak biar macam ni?” tulisnya di dalam video.

Pada video sama, kelihatan juga keadaan replika masjid yang berada dalam keadaan yang sangat kotor seperti berlumpur dan terdapat banyak kesan retakkan di bahagian dinding.

Malu jika pelancong luar datang ke situ

“Dengan masjid berlumpur, retak sana sini. Bukannya masuk percuma. Board (papan kenyataan) koyak sana sini tahun bila last korang update. Malulah dekat pelancong luar,” kata lelaki itu.

Untuk info, Taman Monumen tersebut adalah tempat pelbagai replika binaan bersejarah dari tamadun Islam, seperti Masjid Nabawi, Hagia Sofia serta Masjid Al-Aqsa ditempatkan di sana.

Taman Monumen akan dibaik pulih, dengan kos sebanyak RM5 juta

Terdahulu, media melaporkan Taman Monumen yang berada di Pulau Wan Man itu bakal berubah wajah setelah projek baik pulih beberapa replika yang rosak dan lusuh siap menjelang tahun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Wan Adnan Wan Derahman berkata, bagi tujuan itu, sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi kerja baik pulih yang akan bermula akhir tahun ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.