fbpx
Now Reading
“Sejujurnya Saya Reda” – Dr Zulkifli Tetap Tabah Teruskan Ceramah Pada Hari Sama Kehilangan Anaknya [Video]

“Sejujurnya Saya Reda” – Dr Zulkifli Tetap Tabah Teruskan Ceramah Pada Hari Sama Kehilangan Anaknya [Video]

Anak kedua bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu meninggal dunia akibat kanser sarkoma yang dihidapinya sejak tiga tahun yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/drzul_albakri/status/1576348929213407232?s=20&t=NIgpToDgnAyxGxBhFaSmvwhttps://twitter.com/drzul_albakri/status/1576373380441247745?s=20&t=NIgpToDgnAyxGxBhFaSmvw

Semalam (2 Oktober), YB Senator Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa anaknya, Hammad bin Zulkifli telah meninggal dunia pada jam 5.22 pagi di sisi ahli keluarga.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu, beliau reda serta sabar dengan ketentuan Allah SWT.

Dr Zulkifli tetap teruskan majlis ceramah

Walaupun diberikan ujian sebegitu besar, Dr Zulkifli tetap meneruskan majlis ceramah setelah selesai urusan pengebumian jenazah anaknya itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @media_al-bakri, beliau juga menceritakan momen saat-saat terakhir bersama anaknya itu sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

“Walaupun kita diuji, tapi insyaAllah kita yakin Allah bagi jauh lebih baik. Anak saya kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Sejujurnya saya reda. Bukan dia sahaja mati, kita pun akan mati.

“Saya belajar banyak benda. Bila datang ajal kamu mahupun sesiapa sahaja, Allah tak akan cepat dan tak akan lambat. Anak saya diuji dua hari lebih. Kami sempat dan boleh sembahyang bersama,” ujarnya.

Bersyukur dapat uruskan jenazah anak dengan segera dan sempurna

Menurutnya lagi, beliau turut bersyukur kerana dapat menguruskan jenazah anaknya dengan segera dan segala urusan berjalan dengan lancar.

Dr Zulkifli turut menasihati agar umat Islam sentiasa menjaga solat serta sentiasa mengarahkan anak-anak mahupun ahli keluarga yang lain agar sentiasa menjaga solat.

“Kita kena sembahyang. Susah macam mana pun sembahyang. Orang sembahyang ni lain. Paksa anak, isteri dan keluarga sembahyang,” ujarnya lagi.

Dr Zukifli ucap terima kasih pada pihak yang telah membantu dan menziarahi

Pada masa yang sama, beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir ke majlis pengebumian dan membantu anaknya ketika menjalani rawatan di hospital semasa ketiadaan dirinya.

“Saya nak ucap jutaan terima kasih buat semua yang tolong anak saya masa dia buat kemoterapi. Saya syukur kepada Allah kerana mayat dia mudah. Kalau boleh jangan simpan mayat lama, cepat-cepatkan. Jadi, Alhamdulillah semua urusan arwah cepat.”

YB Senator Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri

Meninggal dunia akibat kanser sarkoma

Menurut laporan media, anak kedua Dr Zukifli itu meninggal dunia akibat kanser sarkoma yang dihidapinya sejak tiga tahun yang lalu.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Kota Seriemas, Nilai selepas selesai solat jenazah pada pukul 9.45 pagi di Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.