“Ya Allah Sedihnya” – Suami Lawat Kubur Isteri Bersama Jubah Konvo Buat Ramai Sebak [Video]
Menerusi video tersebut, , lelaki terbabit turut berkongsi cerita mengenai hasrat arwah isterinya yang tidak sabar melihat dirinya berjubah konvo.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Antara momen-momen bahagia yang akan dilalui para pelajar sama ada di sekolah menengah mahupun di peringkat universiti pastinya hari konvokesyen.
Manakan tidak, setelah bertahun-tahun berusaha belajar menuntut ilmu tanpa mengenal erti putus asa, hari penting itu sudah pasti menjadi bukti kejayaan sambil disambut bersama ahli keluarga.
Namun tak semua miliki nasib yang sama, sesetengah pelajar atau graduan terpaksa menahan sebak apabila ahli keluarga yang menjadi impiannya untuk menyaksikan kejayaan yang dikecapi telah pergi buat selamanya.
Lawat kubur isteri sambil pakai jubah konvo
Begitulah yang dilalui seorang suami ini apabila tular di media sosial dia melawati pusara arwah isterinya sambil berpakaian jubah konvokesyen buat ramai berasa sedih.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @man_rgr, lelaki terbabit berkongsi cerita mengenai hasrat arwah isterinya yang tidak sabar melihat dirinya berjubah konvo.
Namun apakan daya, perancangan Allah SWT itu mengatasi segalanya apabila isteri tercinta pergi sebelum tibanya hari konvokesyen yang dinanti.
Tunai hasrat arwah isteri, teringin lihat suami berjubah konvo
Menerusi video sama, kelihatan lelaki terbabit berjalan menuju ke kubur isterinya bagi menunaikan hasrat wanita terbabit yang ingin melihat suami tercinta tampil segak memakai jubah konvo.
“Sayang (isteri) tak sabar nak tengok bie (suami) pakai jubah, hari ini bie datang untuk tunjuk kat sayang. Ya Allah, kau kuatkan lah aku,” tulisnya dalam video.
Orang ramai turut berasa sebak dan beri kata-kata semangat
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak terhadap nasib yang menimpa lelaki itu serta turut mendoakan kesejahteraan buat dirinya serta arwah isterinya.
Tidak hanya itu, mereka turut memberikan kata-kata semangat buat lelaki terbabit agar terus kuat meneruskan kehidupan yang masih ada.