Syamsul Yusof Sudah Tahu Tidak Akan Terlibat Dalam Prekuel Filem Mat Kilau

Semalam (13 Oktober), penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali telah mengesahkan tiga tunjang utama dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu pelakon Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy dan pengarah terkenal Syamsul Yusof tidak akan terlibat dengan projek prekuel filem tersebut.

Menurutnya, ketiadaan dua perlakon berkenaan adalah kerana mereka tiada kena mengena dengan filem prekuel yang bakal dilakukan nanti, manakala bagi role pengarah pula disebabkan mahu memberi peluang kepada individu lain.

Baca artikel berkaitan: 3 Tunjang Utama Filem Mat Kilau Tiada Dalam Senarai Prekuel

Syamsul tak terkejut nama tiada untuk arah filem prekuel Mat Kilau

Susulan dengan pengumuman penerbit itu, Syamsul Yusof memaklumkan dia tidak terkejut apabila namanya tidak tersenarai untuk mengarah filem prekuel yang bakal diterbitkan oleh Studio Kembara pada tahun depan.

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul ketika dihubungi menyatakan bahawa perkara itu sudah diketahuinya sejak awal lagi kerana sudah terdapat ura-ura yang peranannya akan digantikan dengan pengarah lain.

Lihat sebagai suatu yang positif untuk industri perfileman negara

Menurut Syamsul, dia okay sahaja dengan perkara tersebut dan merasakan ia satu langkah positif untuk industri perfileman.

“Pada saya, ini satu langkah yang baik juga sebenarnya. Sebab, kita tahu ada ramai lagi pengarah di Malaysia ini yang berpotensi dan mungkin tidak mendapat lagi peluang itu, kerana bagi setiap pengarah pasti ada ‘trademark’ tersendiri, gaya persembahan tersendiri.

“Saya pun sebelum ini memang teringin nak buat filem epik dan Alhamdulillah, saya buat filem Mat Kilau berjaya, syukur Alhamdulillah. Jadi, saya rasa kepada pengarah lain yang belum mendapat peluang, bagi saya ini langkah yang bagus.

“Ia peluang baik yang Studio Kembara berikan untuk pengarah itu menunjukkan ‘skill’ pengarahan dan penulisan yang berbeza dari gaya persembahan saya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Doa setiap filem yang dihasilkan oleh Studio Kembara akan berjaya

Dia dalam masa turut berdoa agar pasukan dan pengarah baharu, filem prekuel Mat Kilau atau apa sahaja filem epik yang dihasilkan Studio Kembara selepas ini berjaya.

Jelasnya, langkah ini adalah baik kerana terdapat warna-warni dalam industri filem di negara ini.

“Mungkin akan ada kekurangan juga jika saya yang masih buat (arahkan) filem prekuel Mat Kilau itu. Sebagaimana kita tengok filem luar negara seperti Fast and Furious dan Mission: Impossible, penerbitnya juga ada mengambil pengarah yang berbeza untuk mendapat rasa dan teknik yang baharu dari segi pengarahan dan penulisan.

“Jadi, diharapkan sesuatu yang segar dan lain daripada sentuhan Syamsul Yusof. Saya doakan yang terbaik untuk Studio Kembara dalam apa saya filem epik akan dihasilkan nanti, bukan hanya prekuel Mat Kilau itu. Semoga industri filem Malaysia penuh warna-warni dan peluang terus dibuka kepada pengkarya-pengkarya lain,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Syamsul turut menyatakan bahawa dia kini perlu memberikan komitmen 200% bagi filem yang akan datang seperti The Original Gangster, yang menampilkan karya aksi moden termahal, terhebat Malaysia yang bakal menjalankan penggambaran bermula November serta Disember depan.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

7 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

8 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

9 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

10 hours ago