Nak Belajar Coding Percuma? Syarikat Ini Bantu Anak Muda Yang Mahu Upskill Dalam Bidang IT

Kepesatan kemajuan teknologi seperti atas talian pada masa kini telah banyak mengubah corak kehidupan masyakarat di dunia ini.

Jika dahulu banyak perlu dilakukan secara berdepan dan manual seperti menghantar surat, mencari kenalan, dan membeli belah, kini semuanya boleh diselesaikan secara maya (virtual).

Malah, penularan virus Covid-19 telah membuktikan bahawa banyak perkara dapat dilakukan menerusi atas talian sahaja seperti melakukan kerja dari rumah (WFH/ BDR), memesan makanan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, dengan adanya teknologi atas talian ini anda juga boleh menambah kemahiran secara maya (virtual) dan tidak perlu lagi untu hadir ke kelas secara fizikal. Menarik bukan?

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang cenderung untuk menambah kemahiran juga tidak perlu lagi untuk ke kelas secara fizikal kerana ia boleh diakses secara maya sahaja. Best bukan?

Krenovator: Platform ‘Tech Talent’ & Usahawan sosial

Sebagai contoh Sebuah syarikat teknologi

Sebagai contoh, sebuah syarikat teknologi, Krenovator Sdn Bhd menawarkan Krenovator Tech Talent Platform, sebuah program yang membuka peluang dan memberi akses kepada bakat khusus terpilih di luar sana yang mahu menambah dan mengasah bakat sedia ada dalam dunia teknologi.

Nak belajar ‘coding’ pun mereka ada sediakan, paling menarik ianya percuma!

Foto: Krenovator

Malah mereka juga menyediakan kelas serta latihan ‘coding’ secara percuma setiap bulan, diikuti dengan sokongan komuniti dan bimbingan rakan sebaya.

Sejarah Krenovator

Pihak kami telah menghubungi nadi kepada syarikat ini iaitu Encik Mahadhir Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Krenovator bagi mengetahui lebih lanjut tentang kisah di sebalik penubuhan firma teknologi itu.

Foto: Krenovator

“Kami memulakan operasi platform kami beroperasi semasa pandemik, ianya sukar kerana hampir semua orang mencari sesuatu untuk terus hidup. Tetapi syukur, kami berjaya, model perniagaan berfungsi dengan baik dan masih berkembang sehingga hari ini.

“Terdapat banyak cabaran dan isu yang berlaku tetapi kami bersemangat untuk membantu mereka yang perlu belajar dan meningkatkan kemahiran supaya mereka boleh meningkatkan ke arah kehidupan yang lebih baik.

“Kami merasakan ada keperluan untuk merapatkan jurang. Dari situ, kami mewujudkan komuniti bakat teknologi di mana mereka boleh mendapatkan kelas pengekodan, latihan secara percuma setiap bulan bersama-sama dengan sokongan komuniti daripada rakan sebaya & bimbingan daripada pakar industri.

“Semuanya dalam talian jadi lebih mudah untuk semua orang menyertai,” katanya.

Jelasnya, terdapat ujian teknikal yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk berlatih, serta peluang kerjaya buat mereka.

[Video]

Krenovator tapis & sahkan set kemahiran bakat berdasarkan keperluan industri

Mengulas lanjut, pihak Krenovator memaklumkan pengambilan pekerja teknikal merupakan salah satu isu yang dihadapi oleh kebanyakan perusahaan.

Hal ini kerana ia tiada pengesahan yang dapat membuktikan kemahiran mereka di dalam CV. Ia memerlukan penilaian menerusi ujian teknikal berulang dalam mengesahkan kemahiran itu.

Bagi bahagian perniagaan pula, mereka cuba memudahkan proses pengambilan pekerja teknikal dan membantu menjimatkan lebih daripada 80% masa bagi proses berkenaan.

Foto: Krenovator

“Untuk platform ini, kami menapis dan mengesahkan set kemahiran bakat berdasarkan keperluan industri, melalui ujian teknikal dan menghasilkan keputusan segera dalam masa 3 saat. Kesahihan ujian dijamin kerana ujian teknikal merekodkan segala-galanya dan akan diberikan sebagai bukti.

“Apa yang memberi inspirasi kepada saya untuk memulakan program adalah pengalaman saya sendiri ketika berada di peringkat awal dalam industri ‘software’. Industri ‘software’ sentiasa berdepan dengan masalah kekurangan bakat teknologi.

“Berbeza dengan akauntan dan jurutera, mereka boleh bekerja sehingga mereka bersara pada 60 tahun, tetapi ‘programmer’ ini lain. Jangka hayat ‘programmer’ adalah terhad.

“Kebanyakan mereka cenderung untuk menukar kerjaya atau keluar dari industri pada usia 45-50 kerana kelelahan mata disebabkan skrin (screen fatigue), bahasa pengaturcaraan baharu atau penyesuaian rangka kerja dan perubahan teknologi dengan pantas,” ujarnya lagi.

Foto: Krenovator

Krenovator berjaya ubah nasib beberapa individu menerusi platform mereka

Pihak syarikat tersebut turut menjelaskan betapa mereka bersemangat dalam membantu individu yang memerlukan peluang untuk meningkatkan kerjaya dan kehidupan mereka.

“Ada satu ketika, di mana terdapat individu ini mengucapkan terima kasih kepada saya di atas peluang yang diberikan. Saya tidak mengenalinya pada mulanya kerana kami melakukan segala-galanya dalam talian jadi kami tidak mengenali satu sama lain secara langsung.

“Krenovator benar-benar mengubah hidupnya melalui platform kami (Tech Talent Platform). Dia pada mulanya hilang arah sehinggalah mengetahui tentang komuniti ini. Dari situ dia belajar tentang pengaturcaraan, bahasa dan mula membina portfolio. Dia melakukan ujian teknikal dan lulus.

“Kami membantu menghubungkannya dengan syarikat yang memerlukan pekerja bagi menyelesaikan kerja itu,” jelas CEO Krenovator itu.

Apa yang lebih menarik adalah individu itu bukan sahaja dapat kembali ‘bernafas’ tetapi dengan gaji yang diterima dia secara tak langsung boleh menampung pelajaran adiknya.

“Kami menjadikannya sebagai misi untuk kami sejak itu, untuk membantu mereka yang ingin mempunyai kerjaya dan kehidupan yang lebih baik. Ia adalah sumbangan yang sekurang-kurangnya boleh kami lakukan.”

Oleh itu, bagi mereka yang mahu menambah kemahiran, ini adalah platform yang baik untuk anda mulakan. Siapa tahu ia merupakan pelaburan yang baik buat masa depan anda di masa akan datang nanti.

Bagi yang berminat anda boleh klik untuk mendaftar di laman ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Faisal Halim dilaporkan mengalami kelecuran tahap 4 serta pergerakan dan percakap terbatas ekoran daripada insiden…

24 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

1 hour ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

2 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

17 hours ago