fbpx
Now Reading
Pengusaha Homestay Terkejut Telur Yang Tertinggal Menetas, Tak Pasal-pasal Jadi Bapa Itik [Video]

Pengusaha Homestay Terkejut Telur Yang Tertinggal Menetas, Tak Pasal-pasal Jadi Bapa Itik [Video]

Menurut pengusaha homestay itu, telur itik yang tertinggal oleh tetamu itu sebenarnya ingin dijadikan umpan untuk memancing ikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tertinggal barang di tempat-tempat peranginan seperti homestay atau hotel bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi, malah ramai dari anda pasti pernah melaluinya.

Kebanyakan barang yang ditinggalkan adalah seperti baju, tuala mahupun barang-barang kecantikan.

Tetamu tertinggal 30 biji telur itik

Namun kali ini sedikit berbeza apabila tular satu video di media sosial kisah seorang tetamu yang tertinggal sepapan telur itik membawa kepada penetasan haiwan tersebut

Menerusi hantaran video yang dimuat di laman TikTok akaun @zakaria_nazir, terlihat jelas beberapa ekor anak itik yang baru sahaja menetas sedang berada di atas bekas telur tersebut.

@zakaria_nazir

Benda paling rare yang penah jadi sepanjang mengendalikan homestay😂 Ada kisah yang panjang di sebalik video yang pendek #homestay #pendang #kedah #itik #swipe

♬ SWIPE – ALYPH

Mengulas mengenai perkara itu, pemilik akaun TikTok berkenaan, Zakaria Nazir yang juga pengusaha homestay berkata, tetamunya itu datang bersama keluarga dari Kelantan telah membuat tempahan untuk satu malam pada akhir bulan lalu.

“Saya datang ke rumah tu selepas mereka check out, untuk mengemas. Sekali jumpa sepapan telur itik, batang pancing dan sebiji bantal.

“Bagi saya rare sebab sejak mengusahakan homestay biasanya orang tertinggal baju atau seluar. Bukannya sepapan telur,” katanya dipetik dari mStar.

Telur itik digunakan sebagai umpan memancing

Menurut Zakaria, dia difahamkan telur itik itu biasanya digunakan sebagai umpan memancing di mana ia akan dicampurkan bersama dedak.

“Tetamu itu sebelum ini datang ke sini sebab ada satu pertandingan memancing. Sebab itulah ada batang pancing dan relur itik di homestay.

Zakaria kemudiannya menghubungi tetamu terbabit untuk memberitahu tentang barangnya yang tertinggal. Si tetamu bagaimanapun memintanya untuk menyimpan dahulu barang tersebut kerana dia akan kembali ke homestay berkenaan kelak.

Homestay bau busuk bangkai

Namun sewaktu dia ke homestay tersebut pada Sabtu lalu (5 November) dia menjadi sedikit terkejut selain berasa seram apabila terhidu bau yang busuk.

“Saya kemudian pergi periksa dan terkejut mendapati bau busuk semakin kuat dan ada bunyi.”

Terkejut tengok telur itik dah menetas

Ujar Zakarian, dia terkejut apabila melihat sepapan telur yang ditinggalkan itu telah menetas di sebalik bekasnya.

“Ada sembilan ekor menetas dan empat lagi keesokan harinya selepas bawa anak-anak itik itu ke rumah saya di kuarters. Manakala tujuh ekor dah mati, itu punca bau busuk di homestay.

“Keseluruhan ada 13 ekor yang hidup dan saya menjadi ‘bapa itik’. Kelakar sebab pertama kali berlaku dan saya anggap rare kerana biasanya tetamu tinggal baju atau tuala je,” kata Zakaria.

Di akhir perkongsian, Zakaria berkata, dia akan membela kesemua anak itik itu kerana dia sebelum ini pernah mempunyai pengalaman menternak ayam sejak kecil lagi.

@zakaria_nazir

Replying to @iammiss_nana Penyewa ni tertinggal telur itik kat homestay sy. Dia minta simpankan sebab nak datang balik n cakap tak perlu simpan dalam peti ais sebab nk guna utk umpan mancing je..last2 sampai itik tu menetas guest tu x datang balik 😂 #itik #viral #homestay #pendang

♬ SWIPE – ALYPH
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.