Apa yang lebih berharga setelah kehilangan orang yang tersayang? Pastinya kenangan bersama yang akan sentiasa segar diingatan bukan?
Sebolehnya, pasti kita ingin menyimpan barang kenangan bersama mereka yang sudah pergi atau duduk di tempat yang penuh kenangan dicipta bersama.
Namun lain pula yang terjadi buat seorang wanita ini apabila tular di media sosial dia dan adik-beradiknya dihalau daripada rumah yang banyak menyimpan kenangan bersama arwah ibu.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman TikTok akaun @mashidayu0, wanita tersebut menceritakan mengenai kisah sedih dirinya bersama adik-beradik yang diusir daripada rumah selepas enam tahun ibu tercinta dijemput Ilahi.
Lebih menyedihkan, mereka sekeluarga dihalau daripada rumah tersebut pada hari kelahiran seorang kakak mereka, Murni yang merupakan seorang wanita istimewa.
“Mak, kami adik beradik dah tak duduk di rumah tempat kita membesar pada hari kelahiran kakak istimewa ku.
“Macam mana 6 tahun Ayu jaga adik-adik lepas mak tak ada, macam tu Ayu akan jaga mereka macam nyawa Ayu mak. Ayu janji adik-adik tak akan merempat,” tulisnya.
Pada masa sama, wanita itu turut berjanji akan terus menggalas tanggungjawab menjaga adik-beradiknya serta tidak akan membiarkan mereka disakiti oleh sesiapa pun.
Difahamkan, wanita tersebut bersama keluarganya telah tinggal di rumah berkenaan sejak 26 tahun yang lalu.
Apa yang lebih mengejutkan, wanita itu dan adik-beradiknya dihalau oleh seorang individu yang mempunyai talian persaudaraan dengan mereka.
Perkara itu didedahkan wanita ini menerusi satu lagi hantaran video berasingan di laman TikTok miliknya.
“Saat ni saya ingat saya ada saudara tapi rupanya saya silap. Saya mengharap ada yang bela dan tengok keadaan kami, malangnya tak ada seorang pun. Semua orang nak tengok saya jatuh.”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak dan simpati melihat nasib yang harus dihadapi oleh wanita itu bersama adik-beradiknya.
Malah mereka turut meminta agar pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membantu keluarga ini Namun ditolak oleh wanita tersebut memandangkan dia masih mempunyai kudrat untuk mencari rezeki.
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…
Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…
Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…
Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…