Umum mengetahui, sejak minggu lalu Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak selama tiga hari bermula Isnin lalu (28 November).
Oleh itu terdapat beberapa tempat yang sudah dilanda hujan lebat hingga menyebabkan kenaikan paras air secara mendadak.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ribut Petir, Hujan Berterusan Dijangka Landa Seluruh Malaysia Hingga 30 November
Sebagai seorang jiran pula, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk saling bantu-membantu di saat bencana alam ini melanda.
Begitulah yang dilakukan seorang lelaki ini apabila tular video di media sosial dirinya bertindak pantas dan sanggup bersusah payah membantu jiran mengalihkan kenderaan yang nyaris ditenggelami air ketika banjir melanda kawasan perumahannya di Taman Jenderam Aman, Dengkil.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @anasothaman, kelihatan dia dengan tergesa-gesa pergi memanggil jirannya yang sedang berada di dalam rumah.
Memandangkan panggilannya tidak disahut, dia kemudian masuk ke dalam pagar dan mengetuk pintu lalu mengarahkan jirannya untuk mengalihkan kenderaannya agar tidak ditenggelami air.
Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Isnin lalu pukul 3.45 petang itu terjadi dengan begitu pantas menyebabkan jirannya tidak menyedari keadaan yang berlaku di luar rumahnya.
“Dia tak sedar kot air dah naik. Hujan lebat sangat, air naik tiba-tiba. Alert (Beritahu) jiran minta jiran selamatkan kereta,” tulisnya.
Pada video sama, kelihatan dia bersama jirannya serta beberapa orang kanak-kanak turut membantu menolak kereta jenis Perodua Kelisa itu ke kawasan yang lebih selamat di saat hujan masih turun dengan lebatnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji sikap lelaki terbabit yang begitu prihatin terhadap jirannya dan sanggup bersusah payah turun membantu.
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…
Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…
Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…