“Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]

Makan bersama keluarga merupakan salah satu perkara yang dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga.

Malah, acara itu juga bukan hanya dapat mengeratkan silaturahim tetapi turut menjadikan ukhwah yang dibina semakin kuat dan mesra.

Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat ke KFC untuk makan tengah hari

Terbaharu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berangkat secara mengejut apabila mengunjungi restoran KFC di Petronas Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam hantaran yang dikongsikan Istana Negara di laman Facebook memaklumkan kunjungan baginda ke restoran tersebut adalah untuk menikmati santapan tengah hari.

Apa yang lebih menarik, baginda turut berangkat bersama anakanda dan juga cucunda Seri Paduka Baginda berdua.

“Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain.

Agong luangkan masa bersama pengunjung di restoran KFC

Sejurus selesai menikmati santapan, baginda turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan mengambil gambar bersama pengunjung di restoran berkenaan.

Dalam satu lagi hantaran di Instagram, Istana Negara turut berkongsi kemeriahan suasana di restoran makanan segera itu semasa Seri Paduka Baginda berdua mengunjunginya.

Kelihatan orang ramai begitu gembira apabila mereka dapat merakamkan momen indah bersama dengan Seri Paduka Baginda.

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan kunjungan itu dan aga juga yang menyatakan mereka juga teringin untuk bertemu dengan Seri Paduka Baginda berdua.

‘Mahu terkejut kalau patik ada dekat situ tengok tuanku berdua datang’

‘Best dapat jumpa Tuanku’

‘Terima kasih Tuaku sekeluarga’

Recent Posts

  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

13 mins ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

3 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

17 hours ago