“Ini Perempuan Kalau Dekat Thailand Mesti Sedap” – Ayat Rider Makanan Cetus Kemarahan Netizen [Video]

Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana sahaja. Namun mangsa utama pastinya kaum wanita dan kanak-kanak.

Secara ringkasnya ia bermaksud perlakuan tidak bermoral yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks.

Terbaharu tular di media sosial kisah seorang penghantar makanan yang didakwa menggunakan kata-kata tidak sopan kepada seorang wanita.

Seorang pengguna Facebook, YiPin Cheah mendakwa penghantar makanan itu telah melabel teman wanitanya dengan kata-kata lucah di mana dia menyebut, “Ini perempuan kalau dekat Thailand mesti sedap”.

Tiada bukti insiden kejadian tetapi rider makanan mengaku ada keluar kenyataan tersebut

Meskipun insiden semasa kejadian tidak berjaya dirakam, Cheah berjaya merekodkan pengakuan lelaki berkenaan selepas dia bersemuka dengannya di sebuah kedai makan.

Menurut Cheah, kejadian berlaku ketika pekerja penghantar makan itu sedang berlalu di sebelah teman wanitanya.

“Apabila teman wanita saya bersemuka dengannya dia menjerit ‘Kau apahal? Ingat bagus sangat. Apa tengok-tengok?’ sampil menerpa ke arahnya. Ini menyebabkan kekasih saya mengalami serangan panik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Di dalam video yang dikongsikan, lelaki terbabit turut memohon maaf kepada Cheah sebaik sahaja dia mengetahui wanita yang diganggu itu adalah kekasihnya.

Namun dia dilihat mencabar Cheah untuk melaporkan insiden itu kepada pihak polis selepas Cheah memaklumkan mahu berbuat demikian.

Sudah buat laporan polis tapi belum ada apa-apa tindakan

Insiden tersebut turut tular di Twitter selepas dikongsikan oleh seorang pengguna. Seorang lelaki, Zulfadhli Zin kemudiannya tampil memaklumkan mangsa dalam insiden itu adalah rakannya.

Menurut Zulfadhi, rakannya itu diganggu ketika dia mahu ke kafe. Dia juga mendakwa mereka sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut namun setakat ini belum ada apa-apa tindakan yang diambil.

Dia dalam masa sama turut meminta pihak Shopee agar bertindak menyelesaikan perkara itu.

Penularan insiden ini menimbulkan kemarahan orang ramai yang mahu pelaku dikenakan tindakan sewajarnya agar ia dapat dijadikan pengajaran.

“Ada masalah mental”

Namun ada juga yang mendakwa lelaki ini sebenarnya ada mengalami masalah mental yang mana dia boleh berkelakuan normal dan kadang-kadang boleh bertukar menjadi sebaliknya.

Shopee akan buat siasatan

Shopee dalam satu kenyataan balas kemudiannnya memaklumkan telah meminta pasukan Shopee Food untuk mengambil tindakan lanjut.

Mereka dalam sama turut memohon maaf ekoran dari apa yang terjadi.

BuzzKini juga ada menghubungi Shopee berhubung insiden ini. Namun setakat artikel ini ditulis belum ada sebarang maklumbalas dari pihak mereka.


[Kemaskini]

ShopeeFood sudah pun membalas pertanyaan kami dan mengambil tindakan tatatertib terhadap penghantar makanan tersebut.

Untuk maklumat lanjut baca artikel di sini:

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

2 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

2 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

2 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

3 hours ago